Connect with us

Skodeng Artis

DS Eizlan Yusof Nikahi Wanita 19 Tahun Lagi Muda, Semoga Bahagia Hingga Jannah

Published

on

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya berketurunan Serani, Natasha Rossa Boudville yang berumur 29 tahun dengan sekali lafaz di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi.

Terdahulu, DS Eizlan itu pernah membuat pengumuman akan mengakhiri zaman dudanya melalui satu sidang media beberapa hari lalu serta memuat naik beberapa foto pre-wedding namun tanpa memperlihatkan wajah sebenar bakal isterinya.

Selamat dinikahkan bersama pilihan hati 

Majlis yang telah berlangsung di The Glass Suite, Bora Ombak, Putrajaya tersebut menyaksikan duda kepada tiga orang anak itu selamat diijabkabulkan dengan wanita bernama Natasha Rosa.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM80 beserta wang hantaran berjumlah RM12,121.90 selain sebentuk cincin berlian.  Pada awalnya majlis berkenaan ingin diadakan secara ringkas.

Namun selepas ada rakan-rakan lain yang bermurah hati untuk menaja serta mengurus hari bahagia tersebut, mereka terbuka hati untuk meraikannya dengan meriah.

Walaupun berbeza 19 tahun bersama pilihan hatinya, Datin Seri Natasha Rosa namun pelakon tersebut yakin dengan keputusannya selepas melihat hubungan wanita berkenaan bersama ketiga-tiga anaknya agak rapat.

Wanita itu juga adalah merupakan seorang mualaf selepas memeluk agama Islam pada Ogos 2018 sebelum dilamar oleh lelaki berkenaan. Perkenalan mereka berdua selama empat tahun lalu dipercayai dicetuskan oleh rakan masing-masing, memandangkan kedua-dua mempelai berkongsi hobi yang sama iaitu menyelam skuba.

Terdahulu, Eizlan atau nama penuhnya Idris Md Yusof bernikah dengan ahli perniagaan, Vie Shantie Khan pada 2007 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama lapan tahun.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai

Sumber : Oh my media

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily