Connect with us

Hiburan

Akhirnya Mira Filzah Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seorang Jejaka

Published

on

Lumrah menjadi seorang selebriti apabila terpalit dengan pelbagai gosip. Tidak terkecuali, seorang pelakon jelita yang cukup sinonim dengan drama tempatan iaitu Mira Filzah.

Biarpun mempunyai bakat yang cukup besar sehingga pernah dinobatkan sebagai Ratu Telenovela 2019, pelakon ini nyata tidak dapat lari daripada menjadi sasaran media dan penonton.

Bahkan sebelum ini, dia turut sering digosipkan dengan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak.

Selain Zizan, Bintang Paling Popular ABPBH 32 ini juga pernah beberapa kali digosipkan hero-hero gandingannya yang lain seperti Remy Ishak dan Ben Amir.

Enggan bermain teka-teki, Mira Filzah bagaimanapun telah mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Mira juga turut menegaskan hubungannya dengan selebriti lelaki popular yang lain itu hanya sekadar kawan biasa sahaja.

Bagaimanapun, Mira berkata dia dan jejaka tersebut kini dalam proses berkawan dan masih terlalu awal untuk dia berkongsi lanjut mengenai perkara itu kepada umum.

“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu,” katanya 

Dalam pada itu, Mira berkata buat masa ini dia lebih selesa berkongsikan soal kerjayanya sahaja dan meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Selepas pendedahan ini dibuat,  pelbagai reaksi telah ditunjukkan oleh netizen. Rata-ratanya tampak tak keruan sambil berseloroh di ruangan komen.

Tidak kurang juga, ada pula netizen dalam kalangan lelaki yang tidak semena-mena membuat pengakuan kononnya mempunyai hubungan dengan artis jelita tersebut.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

 

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber: Rotikaya & Kisah Dunia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily