Connect with us

Info Sihat

Rebonding Rambut Memang Cantik Tapi Awas, Anda Mungkin Berdepan Dengan Penyakit Ini

Published

on

Rambut merupakan mahkota yang berharga bagi setiap orang. Malahan, memiliki rambut cantik serta terurus tatkala ditiup angin semestinya menjadi idaman khususnya bagi wanita. Maka tidak hairanlah sekiranya ramai perempuan yang freehair gemar mendandan rambut dan salah satunya adalah melakukan rebonding. Dengan wujudnya rawatan rambut seperti ini, wanita yang memiliki rambut tidak lurus atau kerinting mampu memiliki rambut lurus idaman mereka.

Banyak kesan sampingan

Rebonding merupakan sejenis teknik meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia tertentu dan merangkumi beberapa proses. Namun siapa menyangka, proses meluruskan rambut ini mempunyai kesan sampingan tersendiri yang bakal mengejutkan anda meskipun hasil akhirnya cukup memukau. Untuk pengetahuan anda, salah satu kesannya adalah alergi atau alahan. Selain itu, ia boleh mengakibatkan kerosakan rambut serta bleeding pada hidung.

Kandungan ‘formalin’ dalam produk…

Menurut artikel daripada mStar pula, satu kajian di Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat melaporkan wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut boleh berdepan dengan risiko kanser. Kesan sampingan ini timbul disebabkan oleh kandungan penggunaan ubat serta bahan kimia yang mengubah struktur asal rambut mengikut bentuk diinginkan. Formalin atau formaldehyde dehydrogenase merupakan antara bahan kimia yang terdapat dalam setiap produk rebonding rambut.

Ubat rebonding turut digunakan dalam perkilangan

Kepekatan melebihi 20 bahagian/juta akan memberi impak negatif pada kesihatan selain mudah terbakar dan ‘menyengat’ baunya. Dalam pada itu, larutan tidak berwarna ini turut digunakan dalam sektor perkilangan, pusat perubatan dan makmal bagi tujuan pengawetan tisu spesimen. Secara tidak langsung, ia boleh memusnahkan bahan genetik yang terdapat dalam sel badan manusia.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber: Kisah Dunia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily