ISU SEMASA
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP

PELAKSANAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negara dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 menyaksikan pelbagai gelagat dan reaksi rakyat yang masih berdegil dengan arahan itu.
Selain memberikan alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
Di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki ditahan setelah melanggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.
Namun apa yang memeranjatkan anggota polis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.
Menurut makluman polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.
“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.
Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).
United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 di negara itu.
Difahamkan, rakyat di negara itu hanya boleh keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan atau tugasan kritikal.
Sumber: cempedakcheese
-
ISU SEMASA10 months ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN10 months ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA10 months ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA10 months ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA10 months ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA10 months ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
Skodeng Artis10 months ago
‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis
-
ISU SEMASA10 months ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak