ISU SEMASA
6 pemandu mabuk ditahan

PETALING JAYA: Seramai enam individu ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk dijalankan di lima lokasi di Petaling Jaya, awal pagi hari ini.
Dalam operasi yang bermula pada 12 tengah malam dan berakhir 3 pagi itu, seramai 184 pengguna jalan raya diperiksa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua individu yang ditahan berusia 21 hingga 47 tahun.
“Mereka ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang ditetapkan.
“Hasil tinjauan yang dilakukan sepanjang operasi itu mendapati masih ramai pengguna yang memandu dan menunggang di bawah pengaruh alkohol,” katanya kepada media, hari ini.
Nik Ezanee berkata, fokus utama operasi berkenaan dijalankan bertujuan membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.
“Semua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Operasi seperti ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA2 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN2 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA2 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA2 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA2 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA2 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA2 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
Skodeng Artis2 years ago
‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis