ISU SEMASA
Pemandu Mabuk Rempuh Pekerja Kontrak Sehingga Maut

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.
Kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
“Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa berhampiran kawasan itu selepas ditahan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.
Beliau berkata lelaki yang merupakan pekerja kontrak itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.
Zulkefly berkata pemandu kereta yang bekerja di kedai aksesori kereta itu dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Siakap Keli
-
ISU SEMASA2 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN2 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA2 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA2 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA2 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA2 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA2 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
Skodeng Artis2 years ago
‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis