Abang ‘H’ Rambut Belah Tepi Berlagak Sam seng, Cek1k Pemandu Mintanya Alih Parking

Akibat berang diminta untuk mengalihkan kenderaannya, seorang lelaki berlagak seperti samseng apabila mencekik pemandu kereta berhampiran masjid di Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa berusia 37 tahun meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di lokasi berkenaan sebelum ia dihalang kereta lelaki terbabit.

Sumber berkata, mangsa yang menaiki kereta Proton Savvy meminta suspek mengalih kereta yang menghalang kenderaannya untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang sedang bersembang dengan seorang wanita di situ tidak mengendahkan permintaan mangsa terbabit.

Katanya, mangsa sekali lagi meminta suspek yang menaiki kereta Honda itu untuk mengalihkan kenderaannya, namun lelaki itu bertindak menengking mangsa.

“ Lelaki itu turut bertindak agresif membuka pintu kereta mangsa lalu mencekik dan meletakkan lutut di dada mangsa.

“ Mangsa keluar dari keretanya, namun ditumbuk lelaki terbabit pada bahagian muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rakaman gambar suspek yang menyerang mangsa turut tular di media sosial. FOTO Ihsan Pembaca
Katanya, mangsa yang pening akibat serangan itu memeluk lelaki terbabit dari arah belakang, suspek pula terus menumbuk mangsa berkali-kali.

“ Sebelum beredar, lelaki itu sempat mengambil gambar kereta mangsa,” katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan rakaman gambar ketika suspek menyerang mangsa turut tular selepas dimuat naik di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“ Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kereta milik suspek yang menghalang kereta mangsa untuk keluar dari tempat letak kenderaan di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca

Rata-rata netizen mengecam tindakan samseng lelaki terbabit yang bertindak kurang ajar dan memalukan.

” Dh lh block parking, pastu bodoh sombong x nak alih kereta.. dh terang2 kt gmbr Honda tu salah block parking org.” 

” Dh orang suruh alih kereta,alih la jgn buat bodoh .Kalu saya pun panas juga.tp org melayu memang perangai mcm tu ke.tak tahu bersyukur bila dah senang.” 

” Wowww geng2 adik keta honda tuu apee nakkk jadii..ape2 yg lain jgn buat bgini bagi keja sama..nanti kena babab dgn btg ubi..” 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*