Akhirnya Oksana Dedah Kisah Bagaimana Dia Dilamar Sultan Muhammad V

Kisah perkahwinan Sultan Kelantan yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong sememang mengejutkan ramai pihak. Sejak tersebarnya berita dan gambar perkahwinan, ramai yang cuba mengorek kisah cinta mereka.

Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana 0ksana Petra menceritakan lamaran Sultan Muhammad V dalam perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya.

0ksana tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila Sultan Muhammad V meluahkan perasaannya.

” Beliau memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.

” Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah,” katanya.

0ksana turut menceritakan selepas pertemuan pertama, beliau dan Sultan Muhammad V meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari.

” Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan. Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Rusia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk bekerja sama dengan syarikat tersebut,” katanya.

0ksana memaklumkan menurut kontrak beliau terpaksa berpindah ke New York.

” Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya,” katanya.

Menurutnya, beliau dan keluarganya terpesona apabila melihat sendiri negara ini.

” Saya telah jatuh cinta dengan Malaysia,” katanya.

Berikut adalah perkongsian penuh yang ditulis isteriĀ  Sultan Muhammad V, Rihana 0ksana Petra

” Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.

” Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi.

” Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya.

” Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia.

” Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya.

“Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*