OH POLITIK
Akhirnya Selepas 30 Tahun KeIantan Kini Bukan Lagi Negeri Pembngkang, Kata Nik Abduh

Kira-kira jam 10.30 pagi, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang-DiPertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis ringkas.
Selesai mengangkat sumpah, Muhyiddin menerima pelukan dan ucapan tahniah daripada anggota parlimen yang menyokong beliau.
Selepas 30 tahun, Kelantan bukan lagi sebuah negeri pembangkang, kata Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurutnya, pada tahun 1990 bekas menteri besar Kelantan yang juga ayahandanya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan langkah di negeri itu.
Kini katanya, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula “menyampaikan” Kelantan ke Putrajaya.
” (Pada) 1990 Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz memulakan langkah di Kelantan. (Tahun) 2020 – Tuan Guru Hj Abdul Hadi menyampaikan Kelantan ke Putrajaya.
” (Selama) 30 tahun perjalanan. Tahniah khas buat rakyat Kelantan,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.
Perkongsian itu susulan perkembangan terkini politik negara selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan.
Sebagai rekod wakil rakyat PAS dan Umno antara pihak yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.
Nik Abduh yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menegaskan, Kelantan kini bukan lagi sebuah negeri pembangkang.
” Negeri Kelantan bukan lagi negeri pembangkang. Alhamdulillah,” katanya.
Meskipun Muhyiddin dijangka mengangkat sumpah esok, perkembangan politik negara terus dihurung tanda tanya tentang sokongan 222 ahli parlimen.
Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada siapa yang menjangka perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini cukup manis.
Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan itu pada 24 Feb lepas.
Namanya hanya timbul apabila disebut oleh Dr Mahathir ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Feb, dan sehari selepas itu, segalanya berubah.
Iklan
Hari ini, anak jati Muar, Johor yang juga antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kelapan di Istana Negara.
Figura berusia 72 tahun itu melalui pelbagai ranjau dan duri dalam perjalanan politiknya, dan paling terkesan ialah disingkir daripada Umno dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) berikutan kelantangan beliau terhadap kepimpinan BN ketika itu.
Mula berkecimpung dalam politik sejak 1970-an, Muhyiddin yang lahir pada 15 Mei 1947 merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978.
Selain Ahli Parlimen Pagoh, anak kepada ulama terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor, Muhammad Yassin Muhammad itu juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor.
Beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri (Mei 2018-Febuari 2020); Timbalan Perdana Menteri (2009-2015); Menteri Pendidikan (2009-2015); Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Belia dan Sukan (1995-1999); dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah beberapa pentadbiran sebelum ini.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM), Muhyiddin juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor (1986-1995), selepas memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang pada pilihan raya umum ketujuh.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : malaysiakini
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak