ISU SEMASA
Kali ini Ebit Lew Mohon Maaf, barang runcit diedarkan pada asnaf

MALAYSIA: Selain daripada barisan frontliner, dapat kita lihat beberapa individu yang turut sama turun padang menghulurkan bantuan kepada masyarakat dan juga mereka yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakkan sedang berjalan.
Umum sedia maklum bahawa individu yang turut sama sibuk kesana-sini memberikan bantuan adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Mohon maaf andai ada tidak menyenangi
Namun, tindakannya itu rupanya tidak disenangi oleh beberapa pihak yang telah melontarkan ketidakselesaan mereka di media sosial.
Susulan daripada itu, Ebit Lew telah menjawab hal tersebut dan memohon maaf andai ada pihak tidak menyenangi tindakannya selama ini. Walau bagaimanapun, dia langsung tidak berkecil hati kerana faham pendapat setiap insan adalah berbeza-beza.
Perkongsian daripada FB Ebit Lew:
Dah malam bila tengok muka isteri dan anak rasa sedih. Sayu dan menangis. Saya kalau boleh langsung tak nak keluar rumah…
Dikirim oleh Ebit Lew pada Jumat, 27 Maret 2020
Borong barang runcit guna lori 10 tan
Enggan mengambil pusing segala isu tersebut, Ebit Lew tetap dengan kerja dakwahnya apabila membelanja barangan runcit menggunakan lori 10 tan bagi diagihkan kepada masyarakat setempat menggunakan khidmat grab dan juga runner.
Diedar kepada asnaf tidak kira agama & bangsa
Menurut Ebit Lew, dia berasa terkesan apabila ada asnaf yang tidak mempunyai bekalan makanan. Susulan daripada itu, dia telah membuat senarai barangan dan mendapatkannya di pasaraya bagi diedarkan kepada para asnaf tidak kira agama dan bangsa.
Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai staf namun dibantu oleh anak-anak muda yang sukarela memberikan bantuan mengangkat barangan tersebut.
Terima kasih ustaz atas segala bantuan
Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada warganet yang begitu terharu dengan tindakan Ebit Lew. Mereka semua mendoakan agar pendakwah ini terus dilindungi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang kerja-kerja murninya ini.
Mereka juga berharap agar lebih ramai individu yang tampil meringankan para asnaf dan insan-insan yang terkesan dengan penularan Covid-19 ini.
Sumber : Ebit Lew / OMM
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak