ISU SEMASA
Angka Korban Sudah 221 Orang, Ini Punca Kenapa Indonesia Tidak ‘Lockdown’ Atau Laksanakan PKP

Di saat hampir seluruh dunia mengenakan langkah kawalan pergerakan, Indonesia tidak menguatkuasakan ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan COV1D-19.
Ia kerana bukanlah mudah untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai penduduk lebih 270 juta orang.
Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo berkata sekiranya dilaksanakan, pemerintah menghadapi pelbagai kekangan bagi menyediakan keperluan asas untuk berjuta-juta rakyat di negara ini, yang juga mendiami lebih 16,000 pulau.
” Kalau lockdown atau kuarantin wilayah (kawalan pergerakan antara wilayah) bagaimana nasib pekerja harian (pekerja yang mendapat upah harian) dapat bekerja?,” katanya.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COV1D-19, Achmad Yurianto berkata, 12 lagi kem4tian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kem4tian kini 221 kes, manakala dalam tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 247 kes baharu, menjadikan kes positif kini melibatkan 2,738 orang.
Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menetapkan negara ini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan dan menerusi penetapan status itu, beliau memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat.
Presiden Jokowi sebelum ini menyatakan Indonesia perlu menangani penularan virus itu dengan mengambil kira keadaan tertentu seperti keluasan wilayah, jumlah penduduk, disiplin, kondisi geografi, budaya, perekonomian budaya, ekonomi masyarakat dan kemampuan fiskal.
Jokowi juga sebelum ini mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyatnya yang terkesan akibat pandemik itu, antaranya memberikan bantuan kewangan Rp600,000 sebulan (kira-kira RM170) bagi tempoh tiga bulan kepada golongan miskin.
Selain itu antara bantuan lain adalah kad sembako (kad membeli barangan keperluan asas) bernilai Rp200,000 kepada lebih 20 juta ketua keluarga.
Sekalipun tiada larangan keluar rumah, Kota Jakarta dan kota lain di Indonesia, kini “sepi” berikutan beberapa langkah secara berperingkat-peringkat sejak 16 Mac lepas, seperti penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan dan pusat hiburan.
Langkah tersebut turut meliputi arahan bekerja dari rumah bagi sektor tidak kritikal, larangan berhimpun atau berkumpul dalam skala besar, pembatasan penggunaan pengangkutan awam, selain kempen “duduk di rumah”.
Istilah ‘pembatasan fizikal’ ganti ‘pembatasan sosial’
Sementara itu Menteri Keselamatan Indonesia berkata ‘lockdown’ masih bukan pilihan dalam mengekang penularan wabak Cov1d-19 sambil menegaskan angkatan tentera dan polis kebangsaan akan mula terlibat bagi menguatkuasakan perintah pembatasan sosial di tempat-tempat awam.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Mahfud MD berkata setelah mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk ‘lockdown’, kerajaan memutuskan untuk memperketatkan langkah ‘pembatasan fizikal’ – istilah baru menggantikan ‘pembatasan sosial.’
” ‘Pembatasan fizikal’ bermaksud sebarang kontak dengan orang lain harus dielakkan. Jika tidak dapat dielakkan, setiap orang perlu memastikan jarak sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.
” Kami juga menasihatkan orang ramai supaya mengikuti garis panduan kebersihan seperti yang digariskan oleh pihak kerajaan,” kata Mahfud dalam video persidangan pada hari Isnin.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Malaysia United
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak