Skodeng Artis
‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis

MALAYSIA: Tempoh hari penyanyi Black Hanifah dan Tomok meluahkan pendapat mengenai nasib rakan artis ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang mana dikatakan turut terkesan secara langsung. Kenyataan mereka mendapat kritikan ramai kerana golongan artis dianggap hidup mewah dan tidak memerlukan bantuan kerajaan seperti diminta. Pelawak Shuib Sepahtu tampil menjelaskan pandangan rakan artisnya itu dan menepis segala kecaman netizen.
Bukan untuk diri sendiri
Menurut Shuib, rakan-rakannya bukanlah meminta bantuan untuk diri sendiri, namun mewakili penggiat seni lain yang menerima impak besar kerana PKP. Mereka keluarkan kenyataan untuk mewakili artis-artis lama, artis veteran, penggiat seni lain macam pengarah, penulis skrip, make-up artis dan sebagainya. Sebab bila ada PKP confirm diorang takda job. Berapa lama ni? Kita pun tak tahu berapa lama akan berada dalam PKP.
Selain itu, kenyataan Black dan Tomok juga dipertikai kerana artis tidak menyumbang apa-apa kepada negara. Namun, Shuib menegaskan golongan artis turut perlu dibantu kerana mereka juga sebagagian rakyat Malaysia yang menghiburkan rakyat selama ini.
Sebelum ni artislah buat lawak, artislah buat show, artislah buat persembahan untuk hiburkan korang. Artis dan juga barisan belakang juga marhaen, juga rakyat Malaysia. Semua orang akan ada masalah kewangan.
Mungkinlah kerajaan boleh keluarkan bantuan khusus untuk artis dan penggiat seni yang tak ada job langsung. Itu saja. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada nak buat macam mana? Begitulah, namun lebih baik kita mendoakan yang terbaik dan semoga Malaysia bebas daripada wabak. Min mendoakan semua masyarakat bersatu padu dalam mengeratkan silaturahim dan patuh rukun-rukun negara.
Sumber: ohbulan & ig shuib sepahtu via studioviralmania
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak