Connect with us

Hiburan

Selepas Ptus Tunang, Atikah Suhaime Dedah Ciri-Ciri Lelaki Idaman dia Adalah Berperut Buncit

Published

on

Pelakon Atikah Suhaime mengakui dia menggemari lelaki yang berperut buncit dan punyai kewangan yang stabil. Namun, pelakon kelahiran Singapura itu tidak kisah seandainya berjodohan dengan lelaki yang berbeza usia.

“Seriuslah, dia (calon suami) haruslah stabil. Saya tak kisah umur sebab umur tak menunjukkan seseorang itu sudah matang. Kadang-kadang saya pernah nampak orang berusia 60 tahun tapi berperangai seperti budak kecil.

“Paling penting stabil, kelakar dan saya juga suka lelaki yang perutnya buncit,” katanya dalam satu temu bual bersama sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.

Kenyataan bekas tunang penyanyi Awi Rafael itu mengundang perhatian ramai apabila dia turut memuat naik rakaman sesi temu bual itu di laman sosial Instagramnya. Malah, ada yang cuba mengambil hati dan membuktikan diri sendiri punyai ciri-ciri lelaki dambaan Atikah.

Sebelum ini, Atikah mengakui sedang berkenalan dengan seorang usahawan berpangkat datuk yang juga anak kepada pengasas produk mandian sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, tali pertunangan Atikah dan Awi ptus pada 14 Mac beberapa hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Kedua-duanya kini membawa haluan hidup masing-masing.

Awi Rafael Mohon Ruang, Atikah Suhaime Akur Dengan Keputusan Keluarga Bila Tak Jadi Kahwin

Berita pembatalan perkahwinan pasangan Awi Rafael dan Atikah Suhaime mengejutkan industri hiburan. Dijadualkan bernikah pada 17 Mac 2019, Awi dan Atikah memaklumkan mengenai pembatalan terbabit di laman sosial masing-masing.

Namun begitu, kedua-dua selebriti ini telah memadamkan entri terbabit beberapa jam selepas memuat naik kenyataan tersebut.

Menerusi kenyataan media yang dihantar oleh pihak pengurusan Awi, Warner Music Malaysia, jejaka itu mohon untuk diberikan ruang dan masa.

“Semua sedia maklum tentang perkahwinan Awi Rafael bersama Atikah Suhaimi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

“Kami dari pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi Rafael ingin memohon kepada rakan media untuk memberi ruang dan masa kepada Awi Rafael sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya.

“Awi Rafael kini berada di Singapura bersama keluarga tersayang dan memohon jasa baik rakan media memahami akan keadaan Awi.

“Awi juga berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya beliau dari dulu hingga kini,” jelas pihak pengurusan Awi.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Atikah, Adlina Abu Bakar, pelakon itu meminta semua bertenang dan berharap tiada pihak membuat sebarang andaian.

“Berita tentang Atikah Suhaime tidak jadi melangsungkan perkahwinan dengan Awi Rafael sudah tersebar. Disini saya sebagai pengurus Atikah meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat apa-apa andaian.

“Mari kita doakan yang terbaik bagi kedua-dua mereka. Buat masa ini, Atikah pulang ke Singapura dan berilah sedikit ruang untuk Atikah bertenang dan harap tiada pihak mengganggunya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana R0se

Sumber: gempak dan ig

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily