Bukan Sekadar Kacak. Ini Lima Fakta Menarik Tentang Tengku Fahd, Adinda YDP Agong

Pada 24 Januari lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasminya ditabal sebagai Yang diPertuan Agong ke 16.

Sebelum itu, selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang Ke-6, kemunculan adinda baginda Tengku Fahd Mua’adzam pada sidang media khas di Istana Abu Bakar, telah mencuri tumpuan netizen.

Pengguna media sosial tertarik dengan ketampanan Tengku Arif Temenggong Pahang yang merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah itu.

Putera raja berusia 24 tahun itu merupakan adinda kepada Yang diPertuan Agong sekarang iaitu Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Beliau bukan hanya memiliki wajah yang tampan malah sangat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan terutamanya di negeri Pahang.

Nah, berikut 5 fakta menarik Tengku Fadh yang dirangkum dari pelbagai sumber.

1 Mewarisi Sikap Ayahandanya ( Almarhum Sultan Ahmad Shah)

Tengku Fard dikatakan mewarisi sikap ayahandanya yang sentiasa turun padang mendekati dan membantu rakyat.

Beliau sering menyertai Program Kembara Ramadan Tengku Temenggong, iaitu Program anjuran pejabat daerah Pahang dan SASET (Sultan Ahmad Shah Enviroment Trust) merupakan acara tahunan yang menjelajah ke seluruh Pahang untuk beliau berbuka mahupun bersahur bersama rakyat.

2 Penerima Anugerah Khas Lim Kok Wing

Tengku Fahd pernah menerima Anugerah Kepimpinan Antarabangsa dalam Pemuliharaan Hutan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing (Limkokwing) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penganugerahan itu merupakan penghargaan khas Limkokwing terhadap usaha berterusan Tengku Fahd dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

3 Graduan Dari Amerika Syarikat

Tengku Fahd mendapat pendidikan di Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Baginda seterusnya menyambung pelajaran ke United Kingdom. Baginda melanjutkan pengajian di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.

4 Pernah Menyerahkan Rumah Sendiri Kepada Yayasan

Tengku Fahd pernah membuat keputusan untuk menyerahkan kediamannya di Jalan Teluk Sisek kepada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk tujuan aktiviti Yayasan.

Kediaman tersebut sebenarnya hadiah oleh ayahandanya yang pernah tinggal di sana sebelum ini bersama isterinya Sultanah Pahang Sultanah Kalsom selama beberapa tahun.

Tanpa pengetahuan ayahanda dan ibundanya, Tengku Fahd secara diam-diam membuat perancangan dengan pengerusi MCPF negeri Datuk Seri Johny Ch’ng Ewe Gee untuk mengubahsuai keseluruhan rumah dan menamakannya sebagai Villa SAS.

Villa SAS adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang MCPF dan Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (SASET) untuk menyediakan pusat sehenti bagi melaksanakan pelbagai program khusus untuk golongan memerlukan.

5 Pemilik Kelab Bola Sepak

Tahun penubuhan Real Mulia FC adalah pada 2014 dan kelab ini pernah beraksi dalam Liga FAM pada tahun 2015. Presidennya ialah Tengku Fadh yang turut bermain mewakili RMFC.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*