Demi Cinta Terhadap Suami, Warga Emas Sertai Marathon Berkaki Ayam Untuk Biayai Kos Perubatan

Cinta mengatasi segalanya. Itu yang dibuktikan wanita ini demi sayangnya kepada sang suami, beliau yang juga seorang warga emas berusia 67 tahun ini melakukan sesuatu di luar jangkaan orang ramai.

Lata Khare hidup kasi pagi makan pagi kais petang makan petang dengan suaminya di sebuah wilayah kecil Baramathi. Mereka papa kedana dan tinggal di sebuah rumah usang dengan serba kekurangan.

Bekerja keras, kahwinkan 3 anak

Lata dan suaminya dikurniakan 3 anak dan hidup mereka setiap hari mengerah keringat untuk sesuap nasi. Bukan itu saja, kerana kemiskinan, pasangan ini kahwinkan ketiga-tiga anaknya dan menggunakan wang mereka kumpulkan untuk perbelanjaan perkahwinan.

Lepas anak dah dikahwinkan, mereka berdua mula bekerja di sebuah kebun untuk sara hidup.

Kisah bermula apabila suatu hari, suami jatuh sakit…

Sehinggalah pada suatu hari, suaminya jatuh sakit dan keadaannya lebih teruk daripada kebiasaan. Lata terus bawa suaminya ke hospital dah disahkan mempunyai jangkitan yang serious.

Selepas buat pemeriksaan, doktor beritahu Lata suami dia perlu segera dirawat dan kos kesemua adalah 5000 Rupees. Harga itu terlalu mahal buat Lata, sampai dia menangis.

Lata berlari keluar, meraung di jalan

Sebaik sahaja beliau mendengar penjelasan doktor, Lata terus lari keluar dari hospital menuju ke jalan besar dan meraung kesedihan. Sambil tu dia angkat tangan ke langit dan berkata,

” Oh Tuhan, mengapa aku diseksa? Tidak cukupkah selama ini aku diseksa?”

Orang awam yang lalu lalang dekat kawasan tu pun rasa hiba dan turut menangis lepas dengar kata-kata yang keluar dari mulut Lata.

Keluar dari hospital mereka berpimpin tangan di jalan raya yang sibuk, mengorak langkah pulang ke rumah. Tapi tiba-tiba suami Lata mengadu lapar. Dengan sedikit wang berbaki, dapatlah dia beli 2 keping samosa dibalut surat khabar.

Sambil duduk makan, Lata buntu memikirkan wang tunai yang perlu dia cari kerana tak sanggup kehilangan suami.

Menangis hiba, sehinggalah…

Tengah Lata menangis dan membayangkan hidupnya tanpa suami, dia terlihat dekat surat khabar ada iklan Larian Marathon. Guess what, hadiah untuk pemenang larian tu adalah 5000 Rupees.

Keesokan hari, Lata terus bangun awal dan menuju ke lokasi marathon dan terus menuju ke meja pendaftaran untuk join masuk larian tu.

Merayu kepada penganjur

Kerana keadaannya yang uzur dan memakai sari serta berkaki ayam, penganjur tolak permintaan Lata untuk sertai larian. Terdesak, Lata sujud menangis dan merayu kepada penganjur.

Mereka pun akur dan benarkan saja dia sertai larian marathon tu meskipun dalam hati mereka beranggapan dia tak akan menang pun.

Penyertaannya dianggap satu jenaka

Peserta lain masih muda dan berpakaian sukan lengkap. Lata yang pakai sari dan berkaki ayam tu ibarat bahan jenaka buat mereka. Ada yang menyindir dan ada yang mencela namun semua tu tak dipedulikan Lata.

Sebaik pertandingan bermula, keajaiban berlaku..

Lata berlari tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dia dilihat seperti anak muda belasan tahun yang kuat tenaganya, memotong seorang demi seorang. Walaupun peluh membasahi sari, luka berdarah di kaki, Lata tetap lari tanpa henti.

Akhirnya, Lata berjaya jadi orang pertama di garisan penamat dan mengalahkan semua peserta muda yang lain. Dengan duit kemenangan itu, dapatlah dia bawa suami untuk dirawat. Cerita inspirasi Lata Kare mula menjadi perbualan di seluruh dunia.

Kejadian ni berlaku pada tahun 2016 namun sehingga kini masih ramai yang menyebut kisah Lata Kare dan suaminya ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : l0bakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*