“Dia Sudah Bergelar Isteri Dan Ibu”. Zamani Luah Kata-Kata Ini Apabila Masih Dikaitkan Dengan Siti Nurhaliza

Penyanyi Zamani Slam enggan namanya dikaitkan lagi dengan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 48, mengaku semakin tidak selesa apabila kisah silamnya sering dikaitkan dengan pelantun lagu Anta Permana itu.

Menurut Zamani, menghormati status Siti Nurhaliza sebagai seorang isteri dan ibu, dia memohon supaya pihak di luar sana menghentikan spekulasi hubungan antara mereka.

” Saya telah berulang kali memberi penjelasan berhubung perkara ini. Saya berpendapat tidak sopan untuk terus memberi komen mengenai isu ini.

” Dia (Siti Nurhaliza) telah bergelar isteri dan ibu. Saya khuatir orang di luar sana berpendapat saya enggan meneruskan kehidupan. Saya sudah ‘move on’,” katanya di sini semalam.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan lagu baharunya bertajuk Aduh merupakan kisah patah hati percintaanya dengan penyanyi Jerat Percintaan itu.

Biarpun begitu, Zamani berkata, lagu Aduh sentuhan Faizal Tahir sememangnya berkisar mengenai pengalamannya sepanjang menjalinkan hubungan cinta.

” Ya, Aduh adalah sebuah lagu mengenai patah hati. Ada juga pengalaman saya dan lagu ini juga boleh diterima ramai,” jelasnya.

Aduh edaran Warner Music dilancarkan di You Tube telah mencatatkan satu juta tontonan dalam tempoh seminggu. – K! ONLINE

Zamani tak mahu lukakan hati ‘pihak’ lain

Bekas vokalis kumpulan Slam ini tidak mahu isu itu berpanjangan selain enggan melukakan hati mana-mana pihak berikutan apa yang diceritakan sudah lama berlaku.

“ Cukuplah cerita seperti ini… Kita kena hormat dan jaga perasaan individu terbabit. Ini kerana dia sudah pun berkeluarga.

“ Saya sudah lama melupakan perkara itu dan sudah menjalani kehidupan baharu.

“Mungkin orang yang tularkan video itu berniat membantu saya dari segi promosi memandangkan saya menyertai program realiti.

“ Namun, saya tak perlukan publisiti begitu… Selepas ini, saya harap hentikanlah penularan video itu,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, rakaman video yang diambil daripada program bual bicara, Teh Tarik Che Ta yang disiarkan sebuah stesen televisyen (TV) tahun lalu, tular.

Menerusi video berdurasi 3.06 minit itu, penyanyi Gerimis Mengundang ini mengimbau kembali kisah cintanya yang tidak kesampaian kepada pengacara program itu, Rozita Che Wan.

Lihat video di bawah

Dato’ Siti Nurhaliza Mohon Hormat Maruah Zamani

Tak sangka tindakan anggota polis yang tular suatu ketika dahulu yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.

Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.

Hormatilah maruah insan lain – Dato’ Siti

Tapi apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.

Mungkin adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali, kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan mereka.

Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*