Connect with us

OH POLITIK

Diumumkan Sebagai Perdana Menteri Ke-8, Ini Kata Kata Zahid

Published

on

“MISI saya berjaya dan selesai,” itu jawapan ringkas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memperincikan misi berkenaan.

Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, beliau akan mengangkat sumpah 10.30 pagi esok di Istana Negara.

“Istana Negara hari ini sudah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menerusi Sinar harian:

Yang Dipertuan Agong sah memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Pelantikan tersebut diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan berlangsung esok pada jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily