Dua Bulan Selepas Bari ‘Pergi’, Ibu Dedah Allahyarham Pernah Sebut Sesuatu, Bagaikan Tahu Bakal Dijemput Ilahi

Ibu ar wah Abdul Bari Asyraf Mohd, Masitah Awang, 60, menyifatkan kematian anaknya bagaikan sudah dirasai ar wah apabila dia memberitahu rakannya aktiviti memancing pada hari kejadian adalah yang terakhir.

“ Rakan ar wah yang memancing bersamanya pada hari itu (hari kejadian) memberitahu saya, sebelum memancing ar wah berkata itu hari terakhir dia memancing kerana mahu selamatkan orang lemas,” kata Masitah.

Masitah berkata demikian ketika ditemui wartawan Harian Metro selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, sempena program Unsung Hero di rumahnya di Kampung Panji, Merbau Patah, Kuala Terengganu, semalam.

Masitah berkata, selepas hampir dua bulan peristiwa hitam itu berlaku, keluarganya masih menerima kunjungan pelbagai pihak, termasuk individu tidak dikenali yang mahu berkongsi kisah kehidupan ar wah.

“ Kami sangat terharu dengan doa, pujian, sumbangan, bantuan dan penghargaan tinggi oleh pelbagai pihak kepada ar wah (Abdul Bari Asyraf) dan tidak menyangka pemergiannya mendapat perhatian masyarakat dan negara.

“ Bagi keluarga, pemergiannya sesuatu yang menyedihkan dan sangat dirasai tetapi pada masa sama, kami bangga memiliki anak sepertinya yang sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya.

Ar wah gemar bantu orang lain

Sementara itu, Mohamed Hanipa berkata, sikap ar wah Abdul Bari Asyraf yang gemar membantu orang lain dalam apa juga keadaan adalah sesuatu yang sangat terpuji dan teristimewa.

“ Tanpa menghiraukan keadaan dan keselamatan diri, ar wah sanggup mengorbankan nyawanya terjun ke sungai dalam keadaan gelap hanya semata-mata mahu menyelamatkan nyawa orang lain.

“ Jika difikirkan secara halus, sukar untuk seseorang melakukan tindakan sebagaimana yang ar wah lakukan.

“ Saya juga mengucapkan rasa kagum dengan keberanian lima lagi wira yang terjun ke sungai berkenaan bagi membantu menyelamatkan semua mngsa,” katanya.

Beliau berkata, ‘Unsung Hero’ adalah satu program bagi menghargai pengorbanan individu dalam apa juga situasi dan kes ar wah Abdul Bari Asyraf ini adalah sangat istimewa.

“ Ini adalah program ke-11 yang saya lawati dan lawatan kedua saya bagi menghargai ‘Unsung Hero’ di negeri selepas kunjungan pertama saya ke rumah keluarga adik Hisham iaitu pelajar OKU (orang kurang upaya) yang memiliki sifat kasih sayang tinggi terhadap adiknya.

“ Perbuatan kanak-kanak berusia 11 tahun itu menyuapkan makanan pagi kepada adiknya di kantin sebuah sekolah sangat menyentuh perasaan segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*