ISU SEMASA
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mendekati haiwan peliharaan masing-masing kerana bimbang haiwan terbabit dijangkiti wabak COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sekiranya haiwan itu dijangkiti COVID-19, ia juga boleh menjangkiti manusia. Katanya, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan meneruskan menjaga kebersihan diri.
“Ada tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia antaranya, Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan yang terbaharu ialah COVID-19.
“Pemilik haiwan berkenaan perlu membawa haiwan peliharaan masing-masing untuk diperiksa di klinik haiwan bagi mengetahui sama ada ia dijangkiti COVID-19 atau sebaliknya,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini.
Sebelum ini, media melaporkan seekor harimau malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.
Harimau yang dinamakan sebagai Nadia itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti coronavirus daripada manusia.
Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.
Jom Lihat apa kata netizen:
Sama ja konsep macam manusia, tak payah nak bawak haiwan check covid or dapatkan rawatan kalau mmg indoor dan takda kontek rapat ..
Biasa saya mandi baru p masuk rumah kucing saja..apa lagi lepas dari pasar atau kedai. Takut tu kucing2 kana jangkit. Nak p bawa klinik duit tak cukup..terpaksa jaga manual aja
Kucing sy tk pernah bercampur kucing liar..hidup kucing saya dlm sangkar n dlm umah aje..kena bawak gak ke
Jgn bagi haiwan peliharaan anda kluar rumah sbb kita tak tahu mana dia merayau takut terjangkit,ari ni brita rimau pun kena covid19
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Berita Harian
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak
-
Skodeng Artis3 years ago
‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis