Semasa
Gadis ditahan pihak berkuasa, Punca Sebenar kerana disuruh balik rumah

“Kerana mulut badan binasa”. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada seorang remaja berusia 20 tahun, yang ditahan atas kesalahan menghina pihak polis. Menerusi maklumat yang sedang tular kini, gadis tersebut telah memuat naik status di Facebook miliknya, dengan kata-kata berbaur hinaan terhadap pihak polis.
Padah hina polis
Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, gadis itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan oleh pihak berkuasa di rumahnya di kawasan Pendang, jam 11.30 malam tadi.
“Tangkapan terhadap wanita itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat dari aplikasi WhatsApp dari rakannya 10.12 malam tadi…”
Sakit hati polis suruh balik rumah
Di Facebook kini, netizen sudah mula menularkan akaun gadis tersebut berserta dengan status hinaan dengan meminta agar kesemua anggota PDRM dijangkiti Covid-19. Difahamkan, tindakan gadis itu memuat naik status tersebut disebabkan berang selepas pihak polis menyuruhnya pulang ke rumah, ketika membuat pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, 9 malam tadi.
Gadis itu akan ditahan reman selama dua hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Diharapkan kes ini akan menjadi pengajaran buat orang ramai jangan sesuka hati menghina pihak polis, sepatutnya sekarang kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana telah berkoban semata-mata menjaga keselamatan negara.
Sumber: Bradder Ayim
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak