Imam MeninggaI Ketika Baca Khutbah, Bekas Pelajar Dedah Sifat Sebenar Ar wah

Allahyarham Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim semasa mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah, di sini sering mengingatkan pelajar-pelajarnya agar melazimkan diri dalam keadaan wuduk kerana setiap manusia tidak tahu bila ajal akan menjemput.

Bekas pelajarnya, Faisal Mustaffa berkata itu antara perkara yang dibualkan dan dikongsi bekas pelajar SMKA Kedah di dalam WhatsApp alumni sekolah mereka mengenai peribadi bekas guru itu.

” Saya bukanlah orang yang rapat dengan beliau (Allahyarham Ustaz Ku Yaacob), tetapi pesanan dan amalan beliau amat berbekas dihati kami anak-anak murid beliau.

” Mat1nya dalam keadaan berwuduk seperti pesanannya. Allahyarham menghadapi sakaratul m4ut dalam keadaan berwuduk dan usai memuji ALLAH, berselawat dan sedang memberi pesan berkaitan taqwa di atas mimbar.

” Ia merupakan saat sakaratulm4ut yang sangat indah dan ‘dicemburui’ orang-orang beriman,” katanya yang menulis di Facebook rasminya hari ini.

Faisal yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) Lembaga Zakat Negeri Kedah berkata, orang yang pertama mendapat kebaikan daripada sesuatu kebaikan yang dilakukan adalah orang yang melakukan kebaikan itu sendiri kerana tangan yang menghulurkan bunga mawar pasti berbau harum.

Tambahnya, selain amalan berwuduk, terdapat empat lagi amalan yang sering dipesan Allahyarham semasa dia belajar di SMKA Kedah pada tahun 1999 sehingga 2003.

” Amalan-amalan itu adalah jangan tinggalkan Al Mathurat, jangan tinggalkan membaca ayat Kursi, sentiasa membaca doa ‘Allahumma Ajirni Minannar’ dan sentiasa memberi salam,” katanya.

Faisal berkata, antara memori indah beliau bersama Allahyarham apabila sama-sama menginap di bilik besar asrama SMK Segambut Jaya di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

” Pada petang tersebut, sebaik masuk ke dalam bilik kelihatan Allahyarham sedang meniarap sambil mentadabbur al-Quran. Beliau sebenarnya keletihan selepas melalui perjalanan jauh dari Kedah bersama kami.

” Inilah kali pertama saya melihat orang mentadabbur al Quran sambil meniarap diatas katil dan bantal dan peristiwa ini melekat sehingga hari ini.

” Setiap kali melewati ayat surah Ali Imran yang mencerita tentang orang yang berzikir ketika berdiri, duduk dan berbaring untuk mengingati ALLAH, saya akan teringat kepada beliau yang mentadabbur al-Quran dalam keadaan meniarap disebabkan keletihan,” katanya.

Semalam, ustaz Ku Yaacob Ku Hashim, 68, men1nggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Masjid Al-Bukhary di Jalan Langgar dan kejadian itu telah dirakamkan oleh beberapa jemaah.

Video Kejadian tersebut turut tular di luar negara dan ditonton lebih 400,000, dikongsi hampir 8,000 dan lebih 7,000 memberi reaksi kepada kejadian tersebut di laman Facebook sebuah akhbar di Palestin hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: s1narhar1an

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*