
JARAK perbezaan usia 16 tahun tidak menjadi halangan kepada pelakon Intan Najuwa mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan berasal dari Kedah, Razrul Anwar Rusli yang kini berusia 38 tahun pada Ahad.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata, sikap matang dan memahami membuatkan dia terbuka hati untuk menerima lamaran pemuda tersebut.
“Sejujurnya kami tak rancang pun untuk bertunang. Tiba-tiba hati terdetik, saya teruskan sahaja. Lagipun ia benda baik. Selepas bawa jumpa keluarga dan mereka pun ok, mereka pun ngam.
“Sebenarnya kami dah lama kenal mungkin dalam satu tahun lalu. Kami bermula sebagai kawan sahaja kemudian bila dah lama-lama ia jadi serius.
Intan mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2019 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22.
“Saya tidak pernah berkawan dengan seseorang yang jauh lebih tua dari usia saya. Selepas mengenali dia, saya rasa keserasian itu ada.
“Saya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja saya,” katanya kepada mStar.
Majlis pertunangan diadakan di Thistle Hotel, Johor Bahru pada 18 Ogos adalah bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22. Ia berlangsung meriah dengan dihadiri rakan artis dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Aktres drama Tuan Danial itu mengenakan sepasang busana rona ungu itu kelihatan cantik, sama padan dengan tunangnya yang begitu manis.
Intan mengenakan rona ungu ketika majlis pertunangan.
Dalam pada itu, Intan memberitahu belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis pernikahan disebabkan jadual kerja yang sangat padat.
Namun merancang untuk mengikat tali pertunangan selama enam bulan.
“Kami belum ada tarikh tetap… tapi dalam perancangan nak ikat enam bulan.
“Kalau boleh saya taknak bertunang lama-lama. Tapi disebabkan jadual kerja kami yang agak padat membuatkan kami tiada tarikh sebenar.
“Tengoklah macam mana… kalau dah confirm nanti, saya akan kongsikan dengan semua,” katanya.
Biodata Intan Najuwa, Pelakon Wanita Popular
Nama penuh: Intan Najuwa binti Abdul Wahid
Nama popular: Intan Najuwa
Tarikh lahir: 18 Ogos 1997
Umur: 21 tahun
Kelahiran: Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon
Media sosial: Instagram @intannajuwa
Fakta Menarik
1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.
2. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
3. Dikatakan mempunyai wajah iras pelakon Wawa Zainal.
4. Sebelum bergelar selebriti, beliau merupakan seorang penulis blog.
5. Mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak umur 18 tahun di mana dia diperkenalkan oleh penerbit syarikat Metrowealth Pictures, David Teo.
6. Beberapa drama yang dibintanginya seperti Gantung (2016), Hantu Punya Bos (drama slot Iris di TV3 pada tahun 2016, membawakan watak sebagai Abby), Khabar Dari Casablanca (siaran TV2 pada 2017, membawakan watak sebagai Sharina), Kekasih Paksa Rela (siaran Slot Akasia di saluran TV3 pada 2017, memegang watak sebagai Hanan Khaira) dan Kenyalang I’m In Love (drama slot Dahlia ditayangkan di TV3 pada 2018, memegang peranan sebagai Sutera).
7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
8. Pada Mac 2018, beliau menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap ‘diva’ kerana kononnya selektif terhadap tajaan dan wartawan yang ingin mewawancara. Dalam kenyataan sama, beliau mengakui sudah mempunyai teman lelaki yang dikenali sejak tiga tahun lalu iaitu semasa zaman kolej, sebelum bergelar artis lagi.
9. Pada hujung 2018, Najuwa menerima kecaman hebat netizen kerana mendedahkan tidak tahu cara mengisi minyak kenderaan. Kejadian itu berlaku ketika pembantu peribadinya sedang bercuti.
sumber: mstar, https://iluminasi.com/
Leave a Reply