“Jauhnya Pakcik Jalan..”-Tumpangkan Warga Emas Tepi Jalan, Tak Sangka Ini Yang Terjadi

Perkongsian seorang pemuda menjadi perhatian ramai apabila beliau berkongsikan satu kisah di Tiktok berkenaan seorang pakcik yang berjalan kaki jauh dari Hospital Bentong ke Mentakab. Pakcik tersebut yang baru pulang dari hospital menunggu teksi hampir sejam dan akhirnya memutuskan untuk berjalan kaki untuk pulang ke rumah beliau.

“Aduhh moment tgh sedih terus tergelak sbb helmet pakcik tu.Pape pun anda insan yg baik trm ksh tlg pkcik tu..”

Mengikut apa yang dikongsikan, pemuda tersebut mengahampiri warga emas tersebut dn menumpangkan beliau untuk pulang ke Mentakab yang sejauh 17KM. Beliau menyatakan bahawa pertolongan beliau adalah kerana beliau teringat akan kata kata dari UAI berkenaan tiada yang kebetulan dalam kehidupan dan beliau juga risau akan keselamatan warga emas tersebut.

Berikutan itu, para netizen tidak sangka ada momen yang mencuit hati ketika pemuda tersebut menumpangkan warga emas. Ketika beliau menunggang motosikal tersebut, helmet yang dipakai oleh warga emas tersebut melayang terbang dan hal ini membuatkan ramai geli hati lepas menyaksikaan klip tersebut.

Baca ini: “Sebab Dia Pekak..”- Wanita Kongsi Punca Belajar Bahasa Isyarat Terima Pujian Netizen
Baca ini: “Tak Rela Tinggal Abah..”- Terpaksa Pergi Hospital Tanpa Abah Bikin Netizen Sebak

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom


Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen seperti :

@MRs: Helmet bang, sy dh kuar air mata dah termasuk balik sbb helmet

@-yunk-: mai tang helmet terus rasa berdosa

@cikfungus: Hi3 comel. Br nak sedih x jd pulak. Nasib baik bkn pakcik tu yg melayang. Abg bwk laju sgt

@Husaini Zakaria: alhamdulillah.. semoga Allah permudahkan urusan Pikachu..terbaik,

@𝓒 𝓱 𝓾 𝓷 𝓛 𝓮 𝓮: Aduh seb bek x melayang helmet kene kete tahniah bang

@faiz: dlm dunia niee Dh cme family besar xkira agama, bangsa, pangkat…

@Pikachu Labuan: Alhamdulillah bapa sgala pikachu memberikan inspirasi dan pengajaran dgn sifat² nilai murni ngan semua orang utk dijadikan sbagai contoh

@Magnificent Seven: Terima Kasih orang baik. Semuga Allah permudahkan uruskan kamu dunia dan akhirat

@lyna35: semoga adik sentiase dilindungi dan diberi kesehatan n rezeki yg brlipat gande..Aamiin yra

@ZanieShop: mmg sedih tapi pasal helmet tu terketawa plk aku sampai terbang jadinye

@purnama: mana ada teksi skrg,semua grab,kesian,x da sapa yg hantar.

@lindaidris217: Terima kasih org yg baik..semoga Allah membalas segala kebaikanmu…meleleh air mata tgok video ni..

@The royalebukobylv: Aduhh moment tgh sedih terus tergelak sbb helmet pakcik tu.Pape pun anda insan yg baik trm ksh tlg pkcik tu

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*