ISU SEMASA
Jemaah tabligh ditahan, jalani saringan Covid-19

SEORANG daripada empat individu yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah dekat Balik Pulau, mengakui pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lalu.
Pengakuan itu menyebabkan anggota polis bertugas terpaksa bertindak pantas mengiringi empat individu yang menaiki kereta Proton Waja itu ke klinik kesihatan berhampiran bagi saringan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, mereka ditahan 6.30 petang tadi dalam sekatan jalan raya berkenaan yang diketuainya.
Menurutnya, empat individu itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 27 hingga 55 tahun dan mendakwa dari arah Balik Pulau menuju ke pusat bandar.
Katanya, seorang daripada lelaki itu berusia 55 tahun dari Batu Maung, mengaku menghadiri perhimpunan tabligh berkenaan, namun tidak pernah membuat saringan kesihatan selepas itu.
“Dua lelaki lagi berasal dari Balik Pulau, manakala wanita berkenaan adalah isteri kepada lelaki pertama.
“Kesemua mereka kini menjalani pemeriksaan mengesan Covid-19 dan tindakan lanjut diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada media, hari ini.
Susulan penahanan itu, Anbalagan berkata, seorang daripada anggota polis yang bertugas diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari berikutan secara tidak sengaja menyentuh lelaki berkenaan.
“Lelaki terbabit ketika ditahan dilihat meragukan dan cuba mengelak sekatan itu, menyebabkan dia terpaksa dipegang anggota polis berkenaan.
“Anggota polis itu perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah dan kita akan lihat perkembangan kesihatannya,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak