Kalau Motor Rosak Atau Tayar Pancit Lepas Jatuh Dalam Lopak, Anda Boleh Tuntut Ganti Rugi Guna Cara Ini

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan akibat terlanggar objek atau lubang di atas jalan raya, apakah tindakan yang perlu anda buat?

Mungkin anda pernah dengar Lando Zawawi dan Brotherhood? Tahu apa mereka buat? Merekalah yang sanggup keluarkan duit poket sendiri untuk menampal jalan yang berlubang demi kebaikan untuk pengguna jalanraya lain.

Bagi kebanyakan orang, pastinya tidak pernah terfikir apakah hak mereka sebagai pengguna jalan raya yang tidak pernah terlepas dari membayar cukai jalan.

Hak sebagai pengguna jalan raya

Justeru artikel ini bertujuan untuk mendidik orang ramai tidak kira pengguna motosikal atau kereta untuk memahami hak dan langkah yang boleh mereka ambil sekiranya terlibat dalam kemalangan akibat terlanggar objek atau lubang di jalan raya.

Tahukah anda, jalan berlubang atau jalan rosak dibawah penyelenggaraan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran jika jalan biasa atau Syarikat Konsesi Lebuh Raya jika ia berlaku di lebuh raya.

Oleh itu, jika anda memandu dan mengalami kemalangan akibat jalan berlubang atau terlanggar objek di atas jalanraya. Apakah yang anda perlu buat?

Menurut sumber iaitu laman facebook Jumpa Kat Mahkamah, jika anda mengalami situasi diatas anda boleh mengemukakan tuntutan kepada pihak yang berkenaan.

Ini kerana pihak syarikat konsesi lebuh raya atau pihak berkuasa tempatan mempunyai insurans takaful dan boleh memberi pampasan kepada anda, tanpa perlu anda menggunakan insurans kereta anda sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut. Apa yang penting NCD (No Claim Discount) kenderaan anda selamat dan tidak akan terjejas.

Bagaimanakah caranya?

Ikuti langkah-langkah ini:

1) Selepas kemalangan, ambil gambar dahulu sebagai bahan bukti.

2) Kemudian buat laporan polis. Dalam laporan tersebut anda perlu nyatakan nama jalan, kilometer berapa, tarikh dan masa kejadian berlaku.

3) Semak dengan pihak polis sama ada jalan tersebut jatuh di bawah bidang kuasa selenggaraan PBT mana dan terus ke pejabat khidmat pelanggan PBT tersebut atau jika kes di lebuh raya, pejabat syarikat konsesi tol.

4) Anda akan diminta untuk mengisi borang tuntutan dan memberikan laporan polis serta gambar kejadian.

Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pihak insurans akan menghantar penyiasatnya ke lokasi kejadian untuk menyiasat kawasan kejadian. Selepas siasatan dijalankan, pihak insurans akan mengeluarkan pendapatnya dan tawaran pampasan ganti rugi yang wajar diberikan kepada anda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : kakiviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*