ISU SEMASA
Kami makan apa sahaja, terkini Insan OKU ini Kongsi kehidupan realiti

MALAYSIA: Indah nya kehidupan dunia, namun adakah ia setara dengan realiti sebenar? Manusia dianugerahkan, diciptakan dari pencipta untuk mengabdikan diri, saling membantu antara insan yang memerlukan. Begitulah sedikit sebanyak yang min rimbabara boleh ungkapkan pada realiti kehidupan masa kini. Hari berganti hari, harapan min agar sentiasa ada tangan tangan yang sentiasa hulur pada yang kurang, biarlah masyarakat dapat kecapi keharmonian dunia akhirat.
“Saya hilang penglihatan sebelah kanan pada 2012 disebabkan penyakit glukoma, bagaimanapun pada 2016 penglihatan sebelah kiri saya pula ditarik kerana masalah gangguan saraf.
“Selepas diberhentikan kerja, saya mencari pelbagai pekerjaan untuk menyara isteri, Maizatul Akmal Abdullah, 28, dan anak tunggal kami, Asfar yang kini berusia setahun tiga bulan.
“Disebabkan keadaan saya yang cacat penglihatan tiada yang mahu mengambil saya bekerja sehinggalah isteri mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak dengan purata pendapatan harian sekitar RM50.
“Kami baharu sebulan menjual nasi lemak sebelum PKP diumumkan. Saya buntu memikirkan nasib kami sekeluarga… Sampai bila mahu mengharapkan belas simpati untuk sesuap nasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu Bendahari Kelab Sukarelawan (Volunteer i Care), Saripah Ismail menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada Abdul Rahman dan 30 asnaf yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Sukarelawan (Volunteer i Care), Muhammad Afiq Aiman Sukry berkata, bagi sumbangan barangan keperluan asas ini, pihaknya menjalinkan usaha sama Kelab dengan sebuah portal, Kita Fund.com selain beberapa individu yang turut menghulurkan sumbangan untuk membantu golongan asnaf di negeri ini.
“Sumbangan barangan keperluan asas ini memberi manfaat kepada 400 penerima di sekitar Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Puteh yang kebanyakannya terdiri daripada penjaja, buruh dan anak yatim, selain penuntut.
“Kami memahami kesukaran mereka untuk keluar mencari rezeki sepanjang tempoh PKP dan berharap barangan keperluan asas yang diberikan ini dapat menampung keperluan mereka seisi keluarga,” katanya.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak