Kasih Sejati Abang OKU untuk si adik, Ini Contoh Terbaik

WALAUPUN bergelar kanak-kanak istimewa, naluri Muhammad Hisyam Ismail, 11, sebagai abang melebihi kanak-kanak normal apabila sanggup menjaga adiknya, Nur Dina, 7, dengan penuh kasih sayang sepanjang berada di sekolah, termasuk berkongsi nasi dan minuman.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya itu yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) berkaitan masalah pembelajaran tidak pernah melepaskan tangan adiknya ketika mereka berjalan bersama di sekolah, selain turut memastikan adik kesayangannya makan dengan sempurna.

Gelagat rutin Muhammad Hisyam dari Kampung Pak Kancil Dalam, di sini, menyuap makanan diperolehi menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk adiknya setiap pagi menyentuh hati guru sekolah berkenaan yang kemudian merakamkan momen itu sehingga tular di laman sosial.

Gambar dua beradik itu ternyata meruntun hati netizen yang turut menurunkan pelbagai komen, malah ada mengakui menitiskan air mata melihat kasih sayang sejati dizahirkan Muhammad Hisyam kepada adik kesayangannya itu.

Keunikan kisah kasih sejati seorang abang kepada adik itu juga mencetus rasa hiba Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, yang kemudian menyampaikan Anugerah ‘Unsung Hero’ kepadanya menerusi satu program anjurannya di sekolah berkenaan, hari ini.

Muhammad Hisyam bersama adiknya, Nur Dina dan ibu bapa mereka.

Muhammad Hisyam berkata, dia tidak pernah menyangka akan diangkat sebagai contoh kepada murid lain di sekolah itu dan berharap apa yang dilakukan dapat menjadi ikutan kepada rakan sebaya lain.

“Saya pun tak tahu viral (tular) itu apa. Hari ini saya dapat naik pentas dan terima anugerah pula depan kawan-kawan. Mestilah saya bangga dan seronok selain berharap rakan lain dapat ikut yang baik-baik,” katanya.

Murid istimewa itu berkata, dia tidak kisah berkongsi makanan dan minuman dengan adiknya kerana tidak mahu Nur Dina belajar dalam keaadan lapar sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran di kelas.

Sementara itu, ibunya, Nor Seri Idayu Mohamed, 32, berkata Muhammad Hisyam memang seorang penyayang dan menjaga adiknya lebih daripada dirinya sendiri, malah sering menyuapkan makanan kepada adiknya.

Beliau berkata, sedari kecil Muhammad Hisyam, anak kedua daripada empat beradik dan anaknya yang lain sudah dididik supaya sentiasa berkasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.

“Daripada kecil kami didik dia supaya sentiasa berkongsi makanan dan tidak kedekut. Malah, jika di rumah, selagi adik beradik dan ahli keluarga tidak lengkap berkumpul, dia tidak akan menjamah makanan.

“Walaupun kanak-kanak istimewa, dia seorang yang sangat rajin membantu saya terutama membasuh peralatan membuat kuih, mengemas rumah dan menjaga adiknya, malah turut menjaga solat.

“Di rumah pun dia gemar menyuapkan makanan kepada adiknya yang lain. Malah, kakaknya berusia 14 tahun turut melakukan perkara sama,” katanya yang mengambil upah membuat kuih di rumahnya.

Beliau berkata, setiap pagi suaminya, Ismail Setapa, 32, yang bekerja sebagai pemotong rumput menghantar dua beradik itu ke sekolah menaiki motosikal setiap hari dan hubungan mereka akrab dan sangat rapat kerana bersekolah bersama sejak dua tahun lalu.

“Sebelum ini, Muhammad Hisyam belajar di Kelas Pendidikan Khas di SK Kampung Buluh, namun sejak Nur Dina mengikuti Pra Sekolah di sekolah berkenaan, kami menukarkan Muhammad Hisyam ke sekolah sama,” katanya.

Terdahulu, Guru Besar SK Putera Jaya, Mohd Sabri Mat Jaya berkata, Nur Dina layak mendapat kemudahan RMT untuk murid Tahun Satu, tetapi hanya akan bermula bulan depan.

“Disebabkan itulah setiap pagi Muhammad Hisyam berkongsi dan menyuap makanan dan minuman dengan adiknya. Nilai kasih sayang tinggi ini kita mahu terapkan kepada semua murid di sekolah ini,” katanya.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Syg ank istimewa ni.. Ank sy pun mcm ni perangai(autism pertuturan)mrh btl die klu kite mrh2 adik bradik die yg lain2.. Yg bongsu gegirl ni lg la dia syg sgt…semoga Allah melindungi mu ank kecil ….amin.

Tahniah kod orang tuanya yg mampu mendidik anak anak dgn nilaii murni…lebih lebih lg mendidik dn mengasuh anak syurga ini

Moga anak2 ini akan tumbuh dan membesar menjadi anak2 yg hebat…duniawi dn ukhrawi..In Sya Allah..

Allahuakbar ikhlasnya seorang Abg kepada adiknya…semoga dimurahkan rezeki… aminnn

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : IG Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*