Connect with us

ISU SEMASA

“Kena Teriak Macam Ni Baru Ada Akai..”- Biarlah kalau ada yang nak kecam

Published

on

Sebelum ini, tular di laman sosial video Glynn dan seorang rakan sekerja melakukan hebahan secara tegas kepada beberapa individu yang masih degil dengan melakukan senaman dan aktiviti di luar rumah.

Dia yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang berkata, sejak PKP dilaksanakan, pasukannya akan melakukan hebahan di sekitar Seberang Perai Tengah dengan menyasarkan sebanyak mungkin kawasan bermula 8 pagi hingga 7 malam.

Katanya, sebelum perintah itu dikuatkuasakan, dia sudah melakukan aktiviti kesedaran di sekolah, pasar awam dan lokasi tumpuan awam mengenai bahaya Covid-19 dan langkah perlu diambil bagi menghindar wabak maut terbabit.

“Saya bertanggungjawab kepada masyarakat di daerah ini, jadi apa saja kaedah yang terbaik akan digunakan kerana apa yang penting mereka patuh.

“Tiada istilah jemu dan penat dalam menjalankan tugas kerana saya anggap ini adalah amanah yang perlu dipikul dan dilunaskan sebaik mungkin agar Malaysia bebas dengan pendamik ini,” katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Glynn berkata, tahap pematuhan masyarakat perlu dipertingkatkan kerana wabak ini tidak mengenal siapa dan memutuskan rantaian adalah cara yang paling cepat untuk memerangi Covid-19.

Menerusi halaman facebook Glen Andr:

Operasi Perintah Kawalan Pergerakan bersama Shafiq TajuddinKena teriak mcm ni baru ada akai! Bertempiaran…

Dikirim oleh Glen Andr pada Rabu, 25 Maret 2020

Jom lihat juga apa kata netizen:

Call polis terus. Penat dah cakapkan tapi tak mahu dengar. Biar polis tsngkap sumbat dlm lokap terus.

Geram sangat2 la. Faham bahasa la sama. Kerajaan arahkan dok di dlm rumah, duduk aja la.. Bukan suruh kerja berat pun.

Tangkap je org2 yg degil tu msk kan pd yg ade virus. Org yg degil biar dia mati dulu. Lansung tak ade sikap prihatin dan hormat pd org yg bersengkang mata bertugas utk membantu org yg dijangkiti

Mcm tu la cikgu cikgu hadap setiap hari… Nak rotan x boleh… Macam mana perangai budak macam tu perangai mak bapak dia…

Baru berapa minggu bro.. Hahaha cmni lah hari2 kami yg jadi guru ni… Berbuih mulut ckp langsung tak ambil peduli.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily