Kucing Pun Sayang Anak Dia, Momen-Momen Sayu Ibu Kucing

Tiada ibubapa yang tidak sayangkan anak dan frasa ini turut terpakai dalam dunia haiwan. Ini dibuktikan dengan perkongsian video oleh netizen daripada negara jiran di laman sosial yang pernah tular satu ketika.

Perkongsian yang dibuat di laman Twitter oleh pemilik akaun Chunga pada pertengahan tahun lepas mendakwa seekor ibu kucing terpaksa ‘mengebumikan’ anaknya sendiri kerana dibunuh oleh manusia.

Malah, Chunga juga berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan momen-momen terakhir diantara ibu kucing berkenaan dengan anaknya sebelum ditanam.

Jelas kelihatan daripada video yang dikongsikan tersebut, ibu kucing berbulu putih itu menguis tanah bagi menimbus anaknya yang sebelum itu sudahpun diletakkan di dalam lubang, dipercayai digali oleh tuannya sendiri.

Chunga juga turut sempat meninggalkan pesan supaya orang ramai menjadi lebih berperikemanusian dalam melayan makhluk bernyawa yang lain.

Katanya, tidak perlu dihalau atau dibunuh mana-mana kucing yang menumpang teduh dimana-mana rumah kerana mereka hanyalah hidupan yang tidak berdaya dan tidak boleh melakukan apa-apa.

Saksikan detik-detik sayu ibu kucing menanam anaknya sendiri di bawah.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Kucing pun sayang anak dia. Ini manusia buang anak bersepah. Ade yg hidup tu hidup la. Yg mati dlm parit. Dlm lori sampah. Selang setahun dua. Berzikir. “Laki yg baik x kn tanya masa silam pompuan” 

 X da hati dan perasaan langsung kucing pun nak hidup gak

Knp bunuh anak kucing tu.. Kejam nk mmpos manusia ni..

rajin pulak tuan si kucing siap nak kapankan bagai.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*