Michael Ang Baca Bacaan Solat Dalam Bahasa Inggeris, Ramai Tanya Sah Atau Tidak. Ini Jawapan Mufti

Pendedahan pengarah sensasi Michael Ang yang mengakui terpaksa melafazkan bacaan dan surah solat fardu dalam bahasa Inggeris kerana mengalami kesukaran untuk membacanya dalam bahasa Arab selepas lebih setahun memeluk Islam menimbulkan perdebatan di kalangan netizen.

Ramai yang tanya boleh atau tidak melafazkan bacaan solat selain dari bahasa Arab. Serentak dengan itu, Mufti  Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil memberi penjelasan berikut.

” Mana-mana individu yang tidak mampu menghafal Al-Fatihah ketika bersolat agar membaca ‘bismillahirahmanirahim’dan mengulanginya sebanyak tujuh kali”

” Jika langsung tidak boleh membaca mana-mana ayat daripada al-Qur’an, maka bolehlah orang itu menggantikannya zikir-zikir”, jelas Dr. Zulkifli menerusi artikel yang diterbitkan beliau di laman web Mufti Wilayah Persekutuan pada Ahad.

” Adapun perbuatan menterjemah (bacaan dan surah solat fardu) mengikut pandangan jumhur ulamak tidak dibenarkan kecuali satu pendapat dalam mazhab Hanafi yang menyatakan boleh untuk membaca seperti terjemahan akan tetapi diberi tempoh tertentu.”

” Kepada yang tidak mampu baca al-Fatihah dalam bahasa Arab, bacalah ayat al-Quran seperti
‘bismillahirahmanirahim’yang diulang tujuh atau lapan kali seolah-olah sudah menyamai surah al
Fatihah.”

Perlu hafal perkara rukun seperti al-Fatihah

Beliau juga berpesan agar mana-mana individu yang tidak mampu menghafal bacaan wajib ketika bersolat mulakan dengan menghafal perkara-perkara rukun terlebih dahulu seperti al-Fatihah.

” Mungkin boleh hafal secara beransur-ansur mengikut potongan ayat seperti menghafal satu hari satu ayat atau satu minggu satu ayat dan kemudian menambah lagi sedikit demi sedikit secara beransur-ansur,” jelasnya.

Michael Ang dedah sudah peluk Islam setahun lalu

Minggu lalu, Michael Ang yang juga pengarah dan penerbit popular mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

Khabar itu disampaikan sendiri oleh Michael menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.

” Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.

” Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

” Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.

” Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” katanya yang masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah memeluk Islam.

Sebelum ini, Michael dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*