OH POLITIK
Muhyidin Lakukan Sujud Syukur, Kemelut Politik Berakhir

SETELAH seminggu kemelut politik berlarutan, akhirnya menyaksikan jawapan kepada teka-teki siapa dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, terjawab sekitar 4.40 petang hari ini. Berita gembira itu bukan sahaja meredakan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ia nyata memberi kelegaan kepada pemerhati-pemerhati politik negara.
Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat melakukan sujud syukur sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8, sebentar tadi. Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Muhyiddin yang berusia 72 tahun dilihat menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut di kediamannya di Bukit Damansara.
Terdahulu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas berpandangan bahawa Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Serentak dengan pelantikan itu, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan akan diadakan esok pada pukul 10.30 di Istana Negara. Kemelut politik negara berlarutan sejak Ahad lalu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
Video Dibawah:
Jom Lihat Apa Kata Netizen:
Semoga dapat memulihkan keadaan negara ke arah yg lebih baik.. Ikut cara Islam.. Insha Allah smua rakyat Malaysia lebih maju, makmur dan diberkati… Tidak mengira bangsa dan agama, jika betul caranya semuanya aman.. ISLAM mengajar kedamaian bkn permusuhan.. TAKBIR!!
Alhmdulillah.. moga kerajaan yg baru ini dapat membela islam dan agama lain merasa aman tenteram dibawah naungan pemimpin islam..
Ini satu tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul oleh PM ke 8 ni utk memastikan Malaysia kembali pada landasan yg lebih betul untuk kesejahteraan bersama..
Tahniah tan sri,semoga dapat membentuk negara lebih maju,cemerlang,gemilang dan terbilang,terus memerangngi rasuah…BERSATU TERUS BERSATU…aminn
Tahniah tansri. Semoga agenda perubahan diteruskan dan kes kes salah laku pemimpin terus dibicarakan.
Sumber: Astro Awani
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak