ISU SEMASA
“Mungkin pelepasan itu satu petanda..” – Terkini Mukhriz Buka Mulut

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi watak utama penyebab Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua.
Mukhriz berkata, walaupun arahan menjatuhkan beliau datangnya dari Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun beliau percaya kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) didalangi bekas pemimpin terbabit.
“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada Presiden Bersatu melalui (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu), tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.
“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.
Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra berkata, kes pengubahan wang haram membabitkan Reza Aziz iaitu anak kepada Rosmah Mansor yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada jenayah itu berkemungkinan menyelamatkan kes jenayah lain membabitkan individu lain termasuk mereka di dalam Umno.
“Mungkin pelepasan itu satu petanda kepada kes jenayah yang dihadapi oleh Najib, Rosmah, Datuk Seri Zahid Hamidi dan pihak tertuduh lain dari Umno. Kita tunggu dan lihat,” katanya.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak