Connect with us

OH POLITIK

Tun M bimbang Najib Manipulasi Sistem Kehakiman

Published

on

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir gabungan kerajaan baharu yang membentuk kerajaan mempengaruhi perbicaraan mahkamah membabitkan kes Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, ia jelas boleh dilihat ketika pentadbiran Najib sebelum ini dimana Ahli Parlimen Pekan itu menggunakan kuasanya untuk memanipulasi sistem kehakiman.

“Ketika ini mereka tidak lagi nampak salah Ahli Parlimen Pekan berkenaan. Mereka bersedia untuk mencium tangan Najib dan mereka mengakui bahawa dia lah ‘My Boss’.

“Apabila Muhyiddin pujuk saya bahawa Bersatu mesti keluar dari PH, saya kata saya dapat sokongan penuh dari PH dan saya juga dapat sokongan penuh dari Pas, kenapa saya perlu tolak PH yang beri keyakinan dan terima Najib? Saya sanggup terima ahli UMNO tetapi tidak parti,”katanya.

Menurutnya, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ingin masuk dalam kerajaan campuran sebagai UMNO namun dia tidak menerima kerjasama berkenaan.

“Ada ahli UMNO yang tidak bersalah dan ada yang sedang hadapi perbicaraan di mahkamah, sebab itu saya minta diberikan masa,”katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau merasakan dikhianati oleh Muhyiddin apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memilih untuk bekerjasama dengan UMNO.

Beliau berkata, PH akan membuat undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak memandangkan PH mempunyai majoriti berbanding Perikatan Nasional.

“Bagaimanapun saya takut sidang Parlimen Dewan Rakyat akan lambat bagi membeli masa,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, hari ini.

Beliau juga juga memberi bayangan jika Dewan Rakyat mengambil masa untuk bersidang, maka kemungkinan angka 114 akan berubah.

“Saya rasa dikhianati oleh Muhyiddin, kami sudah berkerja untuk jangka masa yang lama dan dia sudah berjaya.

“Seseorang yang dipilih sebagai Perdana Menteri harus disokong oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, jika Ahli Parlimen tidak dibenarkan menduduki Dewan Rakyat mereka tidak boleh menunjukkan sama ada mereka menyokong atau tidak,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily