Paling Viral Nyanyian Duet Siti Nordiana Bersama Adik Nurul Iman

Siti Nordiana binti Alias (lahir 22 November 1984) atau lebih dikenali sebagai Siti Nordiana atau Nana, adalah penyanyi wanita Malaysia. Nana berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Berdarah kacukan Melayu-Minang. Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2. Beliau digelar “The Finesse Queen of Leman” oleh blogger tempatan.

Pada Video durasi pendek pada kali ini yang kini trending di media sosial, nana duet bersama adik Nurul Iman, Jom Lihat Video dibawah :

Jom Lihat juga apa kata netizen :

Percaya lah lepas nana wat ni msti ramai artis2 poyo dok turun lepak sini.. nana mmg humble kite nmpk ikhlas dye

Power giler adik Iman dan tahniah Nana the best

Dengan memiliki suara yg mantap, aura diri yg sopan, melayan peminat x kira d mana, sure nana akan lebih d sayangi jutaan peminatnya. Moga success dlm menempuh likuĀ² hidup ini. Lagu & suara yg merdu anugerah illahi. Terbaik buat Siti Nordiana. Moga sihat d samping anakĀ²….. Aminnn…

Sbab tu la siti Nordiana sentiasa disayangi rmai humble ja bila aku tngok Nana aku teringat arwah acik spin aku rindu gandigan mereka bedua

Nana ni ada kedai baju kat sebelah, Medan Mara. Sekali sekala turun support Buskers, ramai crowd sampai seberang jalan. Terbaik .

Kasihan sehingga sekarang nana tak pernah mendapat anugerah besar..semoga nana terus berjaya dan ada pencipta buat lagu untuk nana lebih baik atau sebaik lagu putus terpaksa.lagu putus terpaksa memang nampak vokal nana yang sebenar..lagu terus mecintaimu juga lagu yang sedap didengar..

Di samping aktif sebagai penyanyi, Nana juga pernah mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, Prahara bersama Achik Spin , 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku, Aku Budak Minang 2 dan Anak Tengi

Nana muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey (2016) yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna. Lakonan Nana dan Alif Satar mendapat tempat di hati peminat, sehinggakan drama Dia Semanis Honey menjadi kata carian paling banyak di Google Malaysia. Atas permintaan ramai, drama ini disambung ke siri Dia Semanis Honeymoon sebanyak 5 episod dan telemovie Dia Semanis Honey Raya. Malah drama ini juga dipentaskan di pentas teater di Istana Budaya pada 3 Januari 2017 hingga 9 Januari 2017. Atas permintaan peminat, teater Dia Semanis Honey Muzikal ini telah disambung sehingga 12 Januari 2017. Lakonan bersahaja Nana dan Alif membuatkan penonton mahu mereka terus digandingkan untuk drama-drama lain pula.

Selain itu, Nana juga digandingkan bersama Fikry Ibrahim melalui telefilem Cekelat Semanis Honey sebagai Maya.

Tahun 2018, Nana kembali digandingkan bersama Alif menerusi drama Klik! Pengantin Musim Salju sebagai Kasih Lateefa atau Kay. Gandingan ini sekali lagi menjadi tumpuan penonton. Gaya lakonan Nana amat baik dalam melakonkan watak Kay bersifat bersahaja dan kasar menaikkan lagi nama Siti Nordiana dalam bidang lakonan. Malah, lagu tema bagi drama ini iaitu Sebenarnya turut menampilkan Nana bersama Alif. Walaupun, gandingan ini dilihat amat berjaya mendapat tempat di hati peminat namun kedua-duanya mengumumkan akan berehat dari digandingkan bersama dalam mana-mana drama. Kini, Nana sekali lagi kembali digandingkan bersama Fikry Ibrahim menerusi telefilem Cekelat Tak Semanis Honey dan drama Cekelat Honey yang turut dilakonkan oleh Zarul Umbrella, Zulin Aziz, Syura, Intan Sarafina, Nonny Nadirah, Dafi Ismail Sabri dan ramai lagi.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : VLJV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*