Pelakon Dan Pengacara Jelita, Yaya Zahir Selamat Diijab Kabul. Rupanya Suami Dia Bukan Calang-Calang

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan Yaya Zahir dan Arriz Azim sah menjadi suami isteri dalam majlis pernikahan di Petaling Jaya sekali gus menjadi saksi termeterainya satu ikatan suci antara dua jiwa.

Dinikahkan abang pengantin perempuan, personaliti televisyen ini menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima pada majlis terbabit.

Menggayakan dua busana daripada Mimpi Kita dan Teh Firdaus, Yaya kelihatan anggun dengan persalinan gaun moden yang mengikut tema pada majlis resepsi itu.

Suami seorang juruterbang

Bunga-bunga bahagia semakin bertambah dalam kehidupan pengacara dan pelakon jelita, Yaya Zahir apabila selamat diijab kabul dengan juruterbang, Arriz Azim, 30, pada 9 Ogos lalu.

Majlis terbabit diserikan dengan kehadiran ramai selebriti popular seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Adriana Adnan, Shalma Aina dan Nabila Razali.

Jelas terpancar pada raut wajah kedua-dua pasangan mempelai ini apabila masing-masing tidak lekang dengan senyuman menandakan betapa kehidupan kini diulit bahagia selepas berkenalan hampir 15 tahun.

Yaya berkata, dia bersyukur apabila majlis pernikahan dan persandingan berjalan lancar dan kini melalui satu fasa baharu dalam hidupnya.

“ Saya bersyukur kedua-dua berjalan lancar. Tidak dapat saya kongsikan perasaan bahagia ini apabila kini memegang status sebagai isteri.

“ Perkahwinan ini adalah satu fasa baharu buat saya dan suami. Doakan supaya mahligai yang baharu dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga dan memikul tanggungjawab besar, dia beruntung kerana memiliki suami yang sangat memahami minatnya dalam dunia pengacaraan.

Yaya berkata, Arriz tidak pernah menyekat minatnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

“Dari dulu lagi Arriz tidak pernah melarang saya aktif dalam bidang seni. Dia antara individu yang menyokong dan sering memberikan kata-kata semangat supaya saya menjadi seorang pengacara yang baik.

“Dia juga faham dengan kehidupan dunia glamor ini yang adakalanya perlu bekerja sehingga lewat malam. Namun, sebagai isteri saya perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga,” katanya.

Suami pendiam tapi romantik

Menyentuh mengenai keperibadian Arriz, Yaya berkata, suaminya seorang yang pendiam tapi romantik.

“ Tipulah sepanjang 15 tahun berkawan kami tidak melalui detik sukar dalam perhubungan, tapi saya beruntung memiliki Arriz yang tidak pernah berhenti menyayangi dan mencintai saya.

“ Arriz orangnya sangat pendiam tapi dia tahu menyesuaikan dirinya ketika bersama saya dan rakan. Pada masa sama dia juga seorang yang romantik.

“ Saya tidak perlukan kehidupan yang bermewah-mewah, cukuplah sekadar dia ada untuk saya dan membimbing menjadi seorang insan lebih baik,” katanya.

Yaya berkongsi gambar menaiki helikopter yang dipandu suaminya sewaktu bergelar tunangan

Bercerita mengenai destinasi berbulan madu, Yaya berkata, mereka belum memilih lokasi dan masih mencari destinasi sesuai untuk mereka bercuti dan menghabiskan masa bersama.

“ Sebenarnya kami sudah ada destinasi berbulan madu tapi belum membuat keputusan.

“ Kami sebenarnya dalam dilema untuk pergi ke Istanbul, Turki atau Jepun kerana kami teringin teroka budaya dan kehidupan di sana,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*