Penduduk Terkejut Ada Harimau ‘Bermalas-Malasan’ Atas Katil, Rupanya Ini Lokasi Kejadian Itu Berlaku

Jika di negara ini tidak habis lagi kisah dua ekor harimau yang merayau-rayau di Kampung Besol, Dungun, Terengganu, sebelum salah seekor berjaya ditangkap, sebuah keluarga di India turut digemparkan dengan haiwan sama yang dilihat ‘bermalas-malasan’ di atas katil rumah mereka.

Foto haiwan itu dirakam berehat di atas sebuah katil dikeluarkan oleh Wildlife Trust India selepas kediaman keluarga itu yang terletak di Harmuti, Assam dilanda banjir dalam musim tengkujuh yang turut melanda sebahagian Asia Selatan.

Haiwan pemangsa itu dipercayai muncul kawasan berhampirani Taman Negara Kaziranga, sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang merupakan habitat kepada haiwan lain antaranya gajah, beruang dan populasi terbesar di dunia bagi badak sumbu.

“ Perancangan kami bersama Cawangan Hutan Assam adalah untuk menyuntik ubat pelali kepada haiwan terbabit.

“ Tidak sangka banjir yang melanda bandar Assam membawa kepada kehadiran tetamu tidak diundang!,” kata kumpulan itu pada Jumaat.

Pengarah taman negara, Rohini Ballave Saikia berkata, terdapat percubaan untuk mengeluarkan harimau itu, namun ia pergi dengan sendirinya.

Sebelum matahari terbenam, pasukan kami bersama @kaziranga_ bersedia untuk menutup jalan raya dan membersihkan kawasan itu untuk memberikan laluan selamat kepada harimau. 

“ Waktu ini adalah bagi haiwan itu menjalani rutinnya. Tenang dan tidak membawa sebarang ancaman,” jelasnya.

Dalam pada itu, dengan hanya 3,900 harimau yang masih tinggal, haiwan berkenaan dikelaskan sebagai haiwan yang terancam, menurut Dana Sedunia Alam Semulajadi (WWF).

Sementara itu, menurut Saika, haiwan-haiwan yang ada memerlukan kawasan yang lebih tinggi sepanjang musim tengkujuh,” katanya.

Terdahulu tular tentang kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang heboh di laman sosial sejak tengahari Jumaat lalu di mana kejadian berlaku di Dungun, Terengganu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi.

” Kakitangan Perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat ‘Pak Belang’ itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.

Dr Abdul Malek berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: astr0awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*