Penghargaan buat wira Pulau Warisan, Mari Kenali Mereka

PENGORBANAN Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, bertukar nyawa dengan lima mangsa yang hampir lemas di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, mendapat pengiktirafan masyarakat yang mengangkat Allahyarham sebagai wira.

Abdul Bari yang ketika itu memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka meluncur sebelum terjunam ke sungai kira-kira 9.40 malam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham ketika menyelamatkan mangsa dipercayai mengalami kekejangan otot dan gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Mayat Abdul Bari ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta orang awam pada 7.23 pagi semalam.

Selain Abdul Bari, lima lagi wira yang sanggup menggadai nyawa mereka dalam insiden sama akan mendapat pengiktirafan apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menganugerahkan sijil penghargaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Lima yang lain itu adalah Saiful Anuar Mohd, 37, Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28, Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29, Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Shahrul Mizan Harun, 34.

Penghargaan kepada semua wira terbabit itu akan diadakan dalam satu majlis khas di perkarangan dua jabatan berkenaan.

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, penyampaian sijil itu akan diadakan di perkarangan JBPM Terengganu pada Mac.

“Penyerahan sijil penghargaan itu akan disempurnakan Ketua Pengarah JBPM pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

“Penghargaan sama turut diberikan kepada Allahyarham Abdul Bari Asyraf,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pengorbanan besar yang diberikan enam wira, termasuk Allahyarham perlu dijadikan contoh kepada masyarakat.

“Mereka wajar diberi penghormatan, jadi saya akan berbincang Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berhubung penganugerahan itu dan mengadakan satu majlis untuk mereka,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan menganugerahkan penghargaan untuk Allahyarham sebagai mengenang jasa arwah yang terkorban ketika berusaha menyelamatkan lima sekeluarga serta lima lagi penyelamat lain dalam satu majlis khas.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Kepada kesemua pemuda ni tahniah diucapkan dan terima kasih kerana menjadi insan berjiwa murni yg berani membantu dlm keadaan getir..saya cadangkan sekiranya ada antara mereka yg blm mempunyai kerja tetap..pihak kerajaan atau badan beruniform serap lah mereka masuk tanpa melihat sijil akademik mereka tp pandanglah jiwa besar mereka yg berani..ini yg negara perlukan bkn sekadar ambik org temuduga yg ada kabel saja tp kualiti xda..

Buat badal haji utk arwah abdul bari lagi besar pahala. Arwah taat pada agama apa salah kalau buat badal haji utk arwah…hanya itu yg mampu balas jasa arwah

Bukan senang nak selamat mangsa dlm air,xpcaya cuba tengok.aqu dulu nak selamat Arab hampir lemas dlm laut pun takut menggigil.tp sbb dh aqu Baywatch apm aqu terjun jgak dgn kawan aqu.p selamatkan 3 org bangsa Arab, alhamdulillah selamat semua.lepas naik ke pantai menggigil aqu,sbb ombak terlampau kuat dn tinggi hampir2 ragut nyawa aqu skali.aqu tabik hormat pada 6 wira ni sbb berani

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*