Semasa
Perakam ‘kenduri kepala kambing’ mengaku bersalah

Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas tuduhan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sosial WhatsApp pada Khamis lalu.
Tertuduh, Mohd Naim Md Isa, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abas.
Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman ke atas tertuduh pada 11 Mei depan kerana masih menunggu laporan lengkap forensik dan fakta kes.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Naim didakwa memuatnaik video di aplikasi WhatsApp dan mengeluarkan kata jelik ‘kuarantin kepala bapak’ dengan niat mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa ekoran Covid-19.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan kampung di Langgar pada 2 petang, 19 Mac lalu.
Tertuduh berhadapan tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).
Juraidah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Mei depan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Zubaidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Jumaat lalu, polis menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik video berdurasi 57 saat memaparkan orang ramai hadir majlis kenduri dan menikmati kepala kambing di sebuah rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak