(Pergh! Berbekas tapak tangan) – 4 cedera terkena renjatan elektrik ketika pasang bendera parti politik!!!

 

 

Empat lelaki terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera parti politik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di Kampung Parit Yusof, Muar semalam, sekumpulan 10 lelaki dikatakan cuba memacak tiang buluh yang digunakan untuk memasang bendera parti politik.

Bagaimanapun, empat daripadanya yang berusia 20-an hingga 40-an terpelanting selepas secara tiba-tiba terkena renjatan elektrik pada buluh tersebut menyebabkan salah seorang mangsa parah dan patah tulang rusuk, manakala tiga lagi mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk mendapatkan rawatan.

(Pergh! Berbekas tapak tangan) – 4 cedera terkena renjatan elektrik ketika pasang bendera parti politik!!!

 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan masih melakukan siasatan.

 

 

Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umur Ke-14 (PRU14) tidak memasang sebarang bahan kempen di tempat berisiko yang berisiko terkena renjatan elektrik.

lihat video

Sumber : sukamukaviral.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*