Pernah Tolak Tawaran Jadi Jururawat, Ini Kisah Pengasas Dnars Yang MeninggaI Dalam Kema langan

Pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad mening gal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand, hari ini.

Faziani Rohban Ahmad, 39, ma ut di lokasi kejadian akibat par4h dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dengan lori.

Adik mangsa, Mohd Faizul Rohban, 34, berkata, dia menerima panggilan daripada abang iparnya, 10.30 pagi tadi memaklumkan kakaknya mening gal dunia akibat tersepit.

“ Kakak dan abang ipar keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat pada 8 pagi tadi dan dalam perjalanan ke pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

“ Setakat ini saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kemalangan dengan lori dan kini jenazah kakak berada di hospital,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, dia sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan mereka dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, kakaknya baru tiga hari pulang dari menunaikan umrah di Makkah dan selepas itu mereka ke Jakarta berbuka puasa bersama anak yatim.

Sedikit info tentang Faziani Rohban Ahmad

Almarhumah yang berusia 38 tahun, dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu amat meminati bidang kecantikan dan penjagaan diri sememangnya seorang berperwatakan sederhana.

Sejak zaman remajanya lagi sudah gemar melaram dan menjaga kecantikan diri serta wajah. Mahu sentiasa bergaya dengan baju lawa-lawa sambil pakai kasut tinggi.

Masuk sekolah menengah, petua kecantikan berasaskan bahan semula jadi berasal daripada nenek-moyang sudah mula diamalkan. Tamat tingkatan lima, kerja pun bidang kecantikan.

Biarpun ada mendapat tawaran menjadi jururawat, namun ditolak mentah-mentah. Keputusan dibuat hingga sanggup dimarahi bapa yang mahu anak berkerjaya tetap supaya masa depan dikatakan lebih terjamin.

Namun dalam tempoh 12 tahun kemudian beliau gigih mengejar minat dan impian. Ceburkan diri dalam bidang jual produk kosmetik dan buka salon.

Jika niat dan minat dah sebati sekian lama, tidak hairanlah jika beliau mampu terus menuju puncak membina empayar. Malah kini mampu berdiri sebaris dengan pengasas produk kecantikan terkenal dan berjaya di negara ini.

Sebut sahaja Dnars Skincare, keluaran syarikat Rohban Trade Sdn Bhd, ramai yang mengenali. Namun jika sebut nama pemiliknya Faziani Rohban Ahmad pasti ramai terkerut dahi sambil angkat kedua bahu. Apatah lagi jika berselisih bahu di jalan pasti hanya menganggapnya orang biasa.

Namun itu keistimewaan almarhumah, semoga roh beliau ditempatkan disisi para syuhada dan golongan yang beramal soleh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*