Wow..bersiul macam bunyi rekoder! Ramai terpegun

“AKU harap dia try America’s Got Talent”

Demikian komen netizen yang meluahkan rasa kagum melihat bakat seorang remaja lelaki yang mampu melantunkan bunyi umpama alat muzik rekoder.

Dalam video berdurasi 18 saat yang dikongsikan seorang pengguna Twitter bernama Izzfan, seorang remaja lelaki menggunakan suaranya melantunkan bunyi  siulan lagu tema filem Titanic,  My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.

Perkongsian itu menjadi tular di laman sosial tersebut di mana sehingga kini ia meraih 29,500 retweet selain dibanjiri komen netizen yang memuji bakat remaja lelaki berkenaan.

Talented boy. Boleh cover banyak lagi lagu rekoder,” komen seorang pelayar.

“Sebiji macam bunyi main rekoder,” komen netizen lain pula.

Video yang dimuat naik oleh seorang pelayar Twitter mengenai bakat seorang remaja lelaki menjadi tular.

Berkongsi cerita dengan mStar, abang kepada pelajar lelaki berkenaan, Muhammad Jeffrey Mhd Nasir berkata adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Wan dikesan mempunyai kebolehan demikian sejak berusia 10 tahun.

“Saya perasan dia selalu menonton video Funny Memes Compilations di YouTube sejak usianya 10 tahun. Tak tahulah nak kata ia bakat tersembunyi atau kebolehan, tapi dia memang suka tengok YouTube terutama video memes.

“Ia kedengaran seakan-akan rekoder mungkin disebabkan suaranya masih lagi belum bertukar seperti suara orang dewasa sebab dia baru berusia 13 tahun,” katanya sambil menambah, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di laman sosial.

Muhammad Jeffrey, abang kepada remaja lelaki berbakat bernama Wan turut tidak menyangka bakat adiknya mendapat perhatian netizen.

Menurutnya, video tersebut dirakam dan dimuat naik oleh seorang pelajar tingkatan lima di sekolah yang sama dengan adiknya.

Kata Jeffrey, ironinya, adik bongsunya itu tidak mempunyai kemahiran bermain sebarang alat muzik.

“Tak tahulah nak kata ia bakat tersembunyi atau kebolehan, tapi dia memang suka tengok YouTube terutama video memes.”- MUHAMMAD JEFFREY MHD NASIR- ABANG

“Nak kata dia pandai bermain alat muzik, saya rasa tidak. Rekoder pun dia tak pandai tiup. Tapi dia ada bakat melukis khususnya watak anime.

“Dia boleh melukis menggunakan kertas dan satu perisian di dalam komputer,” kata pemuda berusia 21 tahun itu.

Di sebalik kebanyakan komen positif yang diterima susulan tularnya video tersebut, Muhammad Jeffrey turut meluahkan rasa kes@lnya dengan segelintir netizen yang tanpa rasa bersal@h melontarkan komen neg@tif berbaur hin@an terhadap adiknya.

Selain bersiul seperti rekoder, Wan juga berbakat melukis kartun anime.

“Ada beberapa netizen yang menulis komen bukan-bukan susulan video tersebut turut viral di Instagram. Ada yang mempersoalkan tentang adik saya. Saya sudah menulis mesej kepada pengendali akaun tersebut untuk memadam video adik yang dimuat naik di akaun mereka.

“Saya bimbang komen-komen ini mempengaruhi adik sebab sebelum ini dia pernah dibuli di sekolahnya. Dia tahu videonya viral dan komen-komen neg@tif yang dil0ntarkan kepadanya. Dia agak sediih juga, tapi saya beritahu, tak perlu layan komen-komen seperti ini. Biarkan mereka bercakap, kita buat hal sendiri sahaja,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Antara komen netizen yang melahirkan rasa kagum dengan bakat Wan.

Dalam masa yang sama, Jeffrey meminta netizen berhenti melontarkan komen-komen negatif terhadap seseorang, khususnya melibatkan penampilan diri seseorang.

“Video itu hanyalah untuk tujuan suka-suka sahaja. Langsung tak ada niat nak cari perhatian atau nak jadi terkenal.

“Jadi tak perlu nak beri komen-komen negatif, lagipun komen sedemikian langsung tak memberi faedah bahkan boleh mencetuskan situasi yang tidak elok, khususnya kepada individu dalam video itu,” ujarnya mengakhiri bicara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*