KESIHATAN
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa

HANGAT dibahas pada mana-mana tempat, penyembuh virus merbahaya kini cetus tanda tanya. Kali ini, kumpulan penyelidik dari China mendakwa bahawa mereka telah menemui virus Covid-19 jenis baru selepas seorang pesakit dilaporkan mengalami jangkitan selama 49 hari.
Menurut artikel tulisan Metro, pesakit tersebut alami gejala yang ringan dan saintis berkata tubuhnya diserang ‘keseimbangan dinamik’ dengan virus terbabit.
Ujian swab Covid-19 menunjukkan pesakit itu ‘simpan’ virus tersebut dalam pernafasannya melalui titisan (droplet) selama 49 hari. Kebiasaannya kalau ikutkan purata, virus itu akan kekal selama 20 hari atau paling lama yang direkodkan sebelum ini adalah selama 37 hari.
Pesakit itu telah pergi ke hospital di Wuhan untuk menjalani pemeriksaan pada 8 Februari lalu selepas mengalami demam ringan selama seminggu berturut-turut. Namun, dia dilaporkan tidak mempunyai gejala lain berkaitan dengan Covid-19 seperti batuk.
Doktor juga mengesahkan dia mempunyai luka jangkitan pada paru-parunya namun telah pulih tidak lama selepas diberi rawatan sepatutnya. Walaupun skala jangkitan Covid-19 dia tinggi namun indikator sel imunnya dilaporkan kekal stabil.
Doktor dikatakan mengepam pesakit itu dengan plasma dari seseorang yang telah sembuh daripada Covid-19 dan berjaya membangunkan antibodi untuk penyakit yang ada padanya.
Difahamkan, pesakit telah disuntik dengan darah mangsa Covid-19 yang sudah pulih untuk menyembuhkannya. Selain itu, kumpulan penyelidik ini juga berkata, tindakan itu mungkin boleh menjadikan tubuhnya lebih sukar untuk melawan virus.
Walaubagaimanapun, kita seharusnya bersabar dan tunggu keputusan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Metro

-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak
-
Skodeng Artis3 years ago
‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis