Saya Lihat Wanita Itu Perhatikan Kawasan Sekeliling Dan Kemudian Dia Menjerit “Polis Datang”

Air sungai yang berbuih dan berbau sabun membawa kepada penemuan kem penempatan sementara Wang Kelian, Perlis.

Saksi pertama pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kub0r di Wang Kelian, Lans Koperal Mat Ten berkata, ketika itu dia bersama Koperal Yusuf Islam Hasan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan awal pagi 19 Januari 2015.

” Ketika ambil air sungai untuk diminum, Yusof beritahu bahawa air sungai berbuih dan saya menghidu dan mendapati ia berbau sabun,” katanya.

Menurutnya, perasaan ingin tahu yang membuak-buak di fikiran menyebabkan dia mengajak Yusuf bergerak ke hulu sungai.

Nampak perempuan sedang basuh pakaian

” Tiba di situ saya ternampak seorang perempuan sedang membasuh pakaian.

” Jaraknya sangat dekat dan kami berada di belakang wanita itu,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Khairul Anuar Abd Halim.

Mat dari Batalion Tiga, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Bidor berkata, intipan terus dilakukan bagi memastikan maklumat tepat diperoleh sebelum disampaikan kepada pegawai atasan.

Lapan terma rujukan bagi RCI Wang Kelian

” Selepas wanita itu naik ke atas, kami mengekorinya dan terdapat seorang lelaki sedang berbaring di kawasan tersebut ada sebuah bangunan yang diperbuat daripada kayu, dipercayai sebagai kedai,” katanya.

Setelah dipastikan tiada sesiapa berada di kawasan bangunan itu, dia memberanikan diri untuk membuka pintu.

” Di dalamnya ada banyak barangan makanan seperti beras, bawang, minyak masak, garam dan sardin yang tertera tulisan Thailand,” katanya.

Selepas berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi, mereka kemudiannya turun ke pos kawalan untuk memaklumkan penemuan itu kepada pegawai atasan, ASP Joking.

Katanya, sekitar jam 12 tengah hari, Joking telah mengarahkan pasukan pergi semula untuk ke lokasi penemuan itu.

” Kekuatan pasukan 10 orang yang diketuai oleh Inspektor Musaddid pergi semula ke kawasan itu sekitar jam 2 petang,” katanya.

Sebaik sahaja menghampiri kawasan berkenaan, Mat yang berada di barisan hadapan ternampak wanita yang sama mencuci pakaian tadi sedang memegang telefon.

Wanita itu jerit ‘polis datang!’

” Terdengar telefon berbunyi seperti mesej masuk.

” Saya lihat wanita itu perhatikan kawasan sekeliling seketika dan kemudiannya menjerit: ‘polis datang’,” katanya.

Mat yang kini Koperal berkata, dia melihat sekumpulan individu berlari keluar dari kawasan itu.

” Saya menjerit memaklumkan perkara itu kepada Musaddid,” katanya.

Pemeriksaan mendapati, hanya terdapat enam individu berada di bahagian pondok bawah yang berkunci.

” Yang lain semuanya lari,” katanya.

Prosiding berlangsung di hadapan Pengerusi RCI, Tun Arifin Zakaria.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*