Sebenarnya Ibu Saudara Isteri Yang Meninggal, Bukan Ibu Kandung Lan Solo

Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim tampil menjelaskan kekeliruan dengan berita kehilangan ‘mama’ pada Ahad lalu.

Jelas Sheila, mama adalah ibu saudaranya, Rosiyah Mad Ali dan bukanlah ibu kepada suaminya.

Mama adalah individu yang paling rapat malah tinggal bersama-sama mereka hingga akhir nyawanya.

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selesai sudah urusan dunia mama.

“Mungkin ramai yg keliru antara mama dan umie sampaikan bertalu-talu call dan WhatsApp masuk untuk kepastian.

“Umie adalah ibu kandung saya yang melahirkan saya. Mama adalah kakak sulung kepada umie yang duduk bersama-sama saya dari saya lahir sampai la hari terakhir mama kat dunia ni.

“Kenalan terdekat saya memang sedia maklum kemana sahaja saya pergi, maka akan adalah mama dan umie.

“Pergi show pun ada mereka berdua.. Bercuti atau bergurau pasti orang keliling akan nampak mereka berdua..

“Jadi, bila saya dah bekerja saya ambil tanggungjawab untuk jaga mereka walaupun mereka tak minta.

“Kalau salah seorang tak keluar rumah maka saya juga tak akan bawa kedua-dua sebab mereka ni serasi ke mana-mana berdua.

“Sebelum kahwin pun, Lan Solo sedia maklum bila kami kahwin saya tak akan tinggalkan mereka berdua. Pindah sana sini pun tetap ada mereka berdua.

“Jadi, apa sahaja status mama saya adalah anaknya… Biar apa jua undang-undang, mahupun istilah saya adalah anak mama,” tulisnya.

Penjelasan itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Dalam pada itu, Sheila mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menguruskan urusan arwah mamanya.

“Tetapi urusan Allah maha hebat. Mama dah tak ada.. Reda jualah pengakhirannya.

“Apa-apa pun, terima kasih buat semua kaum keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenali mama.

“Mungkin jasa saya tak setanding jasa mama pada saya. Tapi saya percaya, saya dah cuba beri yang terbaik walaupun saya tak sempurna.

“Selamat jalan mama.. Semoga mama gembira di negeri abadi. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.

Rosiyah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.05 petang di Hospital Serdang dan dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*