“Sedihlah Anak-Anak Terpaksa..” – Netizen Sayu Lihat Anak Rita Rudaini Tengok Bola Dalam Hujan

Aktres popular, Rita Rudaini berkongsi sebuah video ketika menonton perlawanan bola sepak AFF Suzuki 2018 bersama anak-anaknya malam tadi.

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Sanggup tengok dalam hujan anak-anak saya ni, first time saya bawa diorang keluar tengok bola ramai-ramai di kedai mamak,” tulisnya sebagai kapsyen.

Perkara itu membuatkan ramai netizen berasa sebak dan sayu melihat anak-anak Rita bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan itu tidak menonton perlawanan tersebut di stadium.

“Kesian Ryan, dapat tengok ayah dalam TV je.

“Sedihnya tengok mereka, semoga Allah jadikan mereka anak yang baik.

“Sedihlah, anak-anak terpaksa tengok bola di mamak saja.

“Kesiannya tengok Daddy di skrin mamak je, padahal tempat yang layak untuk kamu berdua adalah di seat VIP dalam stadium,” tulis netizen.

Rita dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah pada tahun 2013.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : gempakk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*