Connect with us

ISU SEMASA

“Sejak dia lahir, tidak pernah dengar…” – Pertama kali Ainul keluar suara, bapa luah syukur

Published

on

Bayi kesayangan rakyat Malaysia, itulah dia adik Ainul Mardhiah, yang dilihat semakin membesar dengan sihat dan bijak sekali, selepas selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya.

Terbaru, menerusi Facebook bapanya, Ahmad Saffiuddin,telah berkongsi video terkini Ainul Mardhiah memaparkan buat pertama kalinya bayi bertuah itu mengeluarkan suara.

Pertama kali keluar suara
Mendengar buat pertama kalinya Ainul mengeluarkan suara selama usia 1 tahun 8 bulan, merupakan antara nikmat yang paling indah buat kedua ibu dan bapanya.

“Setahun 8 bulan kami menanti dengar suara dari Ainul Mardhiah. Sejak dia lahir, kami tidak pernah dengar suaranya…”

Setahun 8 bulan kami menanti dengar suara dari Ainul Mardhiah. Sejak dia lahir, kami tidak pernah dengar suaranya. .Alhamdulillah, budak cerdik ni dah pandai tutup trachy sendiri and keluarkan suara..Begini lah suara Ainul Mardhiah yang saya yakin anda semua tidak pernah dengar suaranya..Alhamdulillah.

Dikirim oleh Ahmad Safiuddin pada Rabu, 22 April 2020

Suka dia dengar suara sendiri

Dah pandai keluarkan suara
Turut berkongsi kegembiraan, Dr. Amalina, yang sentiasa mengikuti perkembangan Ainul meluahkan rasa teruja dan syukur melihat bayi yang dirawatkan sudah mampu mengeluarkan suara.

Melihat Ainul membesar dengan sihat, rata-rata netizen juga meluahkan rasa syukur dengan perkembangan positif bayi kesayangan rakyat Malaysia  itu. Semoga Ainul akan terus sihat, dan membesar menjadi seorang insan yang berguna yang mampu menjadi inspirasi buat ramai orang.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ahmad Saffiuddin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily