Selepas Dua Hari Disahkan Sudah Dicer4ikan, Akhirnya Rihana Bersuara Dan Muat Naik Status Ini

Bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko membuat kemunculan semula di akaun Instagram miliknya sambil mengucapkan terima kasih kepada mesej-mesej sokongan yang diberikan orang ramai.

Rihana membuat hantaran terbaru itu selepas dua hari peguam SuItan Kelantan, SuItan Muhammad V membuat pengesahan rasmi berkenaan percer4ian talak tiga ke atas wanita dari Rusia itu.

Hantaran terbaru Rihana dilihat sudah berubah nada apabila lebih terarah kepada kata-kata semangat diterimanya seolah-olah dia maklum dengan percer4ian itu walaupun cuba mempertahankannya sebelum ini.

Menerusi hantaran pagi ini, Rihana berkata, walaupun dia menulis dengan linangan air mata, namun ia adalah tangisan kegembiraan kerana ramai pihak yang memberi kata-kata semangat kepadanya.

“ Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

“ Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia!,” katanya.

Tambah Rihana yang memuat naik hantaran dua keping foto bersama anaknya, dia juga akan terus berkongsi kisah hidupnya dengan orang ramai.

“ Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur,” katanya.

Sabtu lalu, peguam kepada SuItan Muhammad V, Koh Tien Hua membuat pengesahan mengenai cer4i talak tiga SuItan Kelantan ke atas Rihana.

Tien Hua menjelaskan, Rihana dicer4i dengan kehadiran dua orang saksi beragama Islam.

Katanya, Rihana sudah dimaklumkan tentang percer4ian yang tidak boleh ditarik balik itu pada 22 Jun melalui peguamnya, Alexander Dobrovinsky & Partners Rusia dan satu salinan sijil percer4ian telah diberikan kepadanya melalui peguamnya pada 20 Julai lalu.

Berikut adalah status penuh yang ditulis di akaun Instagram menggunakan nama Rihana Petra;

” Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

” Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia!

” Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.

” Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.

” Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan .

” Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!

” P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: sinarharian dan IG RihanaPetra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*