Selepas Penceraian, PU Abu Umum Sesuatu Mengenai Bakal Anak Nya Dengan Bekas Isteri

Beberapa hari lepas, peserta program realiti Pencetus Ummah iaitu PU Abu Sufyan telah sah bercerai dengan bekas isterinya, Ain Afini dengan talak dua. Kontroversi yang melanda pendakwah muda itu akhirnya menemui noktah selepas kes penceraiannya selesai.

Janji tak lepaskan tanggunjawab

Namun begitu,  menerusi Mstar Online, PU Abu memberitahu tidak akan sesekali melepaskan tanggungjawab sebagai bapa walaupun sehingga anaknya dewasa kelak.

“Saya sudah pun menyediakan kelengkapan untuk Afini termasuk membeli barangan bayi, itu belum termasuk nafkah.”  – Ujarnya.

Jom Lihat Video Dibawah :

Bakal timang anak lelaki

Dalam pada itu, PU Abu juga menjelaskan bakal menimang anak lelaki yang dijangka lahir pada 10 Julai nanti.

“Anak itu darah daging saya, Kemana sahaja dia pergi darah saya tetap mengalir dalam tubuhnya.”

Doa yang baik baik sahaja

Hubungan dengan bekas mertua baik-baik sahaja

Tambahnya lagi, PU Abu turut meminta agar sebarang cakap-cakap belakang mengenainya dihentikan kerana semua perkara sudah selesai. Dia turut mengakui hubungan dengan bekas isteri dan bapa Ain Afini baik-baik sahaja.

“Jika saya bertemu ayah ain kami akan berpeluk. Dengan Ain saya boleh bersembang seperti biasa.”“Saya tidak mahu tambah tekanan kepada Ain lagi.”

Sumber : MStar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*