Sempat lagi Tun M bergurau pasal proton saga lama ni, memang ‘win’ habis

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengimbas kembali saat beliau menghadiahkan Proton Saga generasi pertama kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, lebih tiga dekad lalu.

Beliau memberitahu hal itu kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan menaiki kereta itu yang dipandu anakanda Sultan Iskandar iaitu Sultan Johor Sultan Ibrahim, petang ini.

Ditanya tentang perasaannya, Mahathir berkata: “Sangat bagus (untuk) kereta berusia 34 tahun… Dijaga dengan baik. Ia kereta manual…steering sangat bagus. Tidak rosak.”

“Saya fikir ini endorsement yang baik untuk Proton. Masih berfungsi (dan) sudah dipandu sejauh 32,000 km. Dulu harganya RM17,000, sebab itu saya boleh berikannya sebagai hadiah,” katanya lagi.

Mahathir yang mengilhamkan idea kereta nasional itu menghadiahkan kereta Proton Saga berwarna biru dengan nombor pendaftaran ‘Proton 1’ kepada Sultan Iskandar pada 1985.

Ketika itu Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu Mahathir mengadap Sultan Ibrahim selama sejam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Menurutnya, kedua-duanya bersetuju untuk berterus-terang antara satu sama lain.

“Saya boleh berkomunikasi dengan dia. Kita bersetuju supaya kita frank, cakap secara terus terang, tak ada sembunyi-sembunyi. Dia beri pandangannya, saya beri pandangan saya,” katanya lagi.

Terdahulu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menghantar Perdana Menteri Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai.

Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir.

Mahathir duduk di bahagian penumpang depan sambil melambai tangan ke arah pemberita dan orang ramai yang menunggu di luar Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Jarak antara istana itu ke lapangan terbang Senai kira-kira 25km.

Kereta itu dihadiahkan kepada ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar pada 1985. Almarhum ketika itu bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri pada tahun 80-an.

Mahathir dan Sultan Johor, kedua-dua mereka terkenal sebagai pencinta kereta. Mereka diiringi oleh pasukan keselamatan yang bermotosikal dan berkereta.

Lihat video di bawah :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : malaysiakini via Newsviral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*