Suami Noorkhiriah Masuk Hospital, Mohon Doakan Kesembuhan Suaminya

Suami kepada pelakon Noorkhiriah, Azfaizul Ahtan dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Biarpun tidak didedahkan punca, Khiriah memohon doa daripada semua pihak untuk mendoakan kesembuhan suaminya.

“Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Mohon doakan kesembuhan buat suami akak ye, terima kasih,” tulis Khairah menerusi Instagramnya.

Rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan komen dengan mendoakan supaya suami Khiriah kembali pulih selepas menerima rawatan.

Moga dipermudahkan kak

Semoga cepat sembuh

Ada hikmah disebalik ujian

Untuk makluman semua, Khiriah dan Azfaizul telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*